Kapal LCS Penting Untuk Sokong Strategi Pertahanan Maritim Negara -Panglima

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata rundingan dengan Original Equipment Maker (OEM) dan vendor-vendor yang terlibat dengan pembinaan kapal-kapal LCS berjalan dengan baik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Fasa mobilisasi kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) akan hanya selesai pada Disember tahun ini, dengan pembinaan keenam-enam buah kapal perang itu diharap dapat bermula semula pada awal tahun depan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata rundingan dengan Original Equipment Maker (OEM) dan vendor-vendor yang terlibat dengan pembinaan kapal-kapal LCS berjalan dengan baik.

“Kita jangkakan pembinaan (kapal-kapal perang LCS milik TLDM) akan dimulakan semula pada awal tahun hadapan,” kata beliau semalam.

Fasa mobilisasi yang bermula Jun melibatkan pihak Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang melaksanakan rundingan bersama pihak OEM, bagi menggerakkan kerja-kerja pembinaan apabila berakhirnya fasa mobilisasi.

Pihak syarikat katanya telah selesai melaksanakan proses rundingan tersebut dan sedang dalam proses membentangkan hasil rundingan kepada jawatankuasa pemantauan projek.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Selepas hasil rundingan itu dibentangkan pada jawatankuasa, ia akan dibentangkan pula kepada Jemaah Menteri.

TLDM menurut Panglima, amat memerlukan kapal-kapal LCS itu  bagi menyokong strategi pertahanan maritim negara dan meneruskan semula pembinaan kapal-kapal itu akan meningkatkan dan membangunkan keupayaaan pertahanan maritim negara.

Kapal korvet Tentera Laut Mesir yang dibina mengikut rekabentuk “Gowind” sebagaimana kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM.

 

“Seperti yang umumnya sedia maklum, aset kombatan sedia ada telah berusia serta kos pengoperasian dan selenggaraan semakin meningkat, yang akan menjejaskan tahap kesiagaan TLDM dalam memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara.

“TLDM tetap konsisten di dalam keperluan untuk kapal LCS ini dioperasikan secepat mungkin, seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Pada 2 Okt lepas, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun, telah menunjukkan perkembangan positif.

Fasa mobilisasi itu berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Hishammuddin berkata hasil rundingan yang dibuat dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengilang peralatan asli (OEM) luar negara, BNSSB selaku syarikat pembuatan kapal, telah menerima aku janji terutamanya melibatkan peralatan serta sistem untuk menyokong BNSSB meneruskan projek LCS. 

Apabila pembinaan kapal itu bermula semula, semua pihak diberi tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal LCS yang pertama itu siap.

Selain itu kapal juga perlu berada di permukaan air sebelum menjalani trial seperti ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’. — DSA

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany
Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
featuredLCSPanglimaStrategiTLDM