Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Detailed Design” Kapal LCS TLDM Siap 94 Peratus, Baki 6 Peratus Libat “Non-Critical”

Kementerian Pertahanan sedang giat berunding dengan Boustead Naval Shipyard dan Naval Group daripada Perancis supaya rekabentuk kapal perang paling moden negara itu dapat memenuhi keperluan TLDM sebagai pengguna akhirnya.

0 4,189

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Rekabentuk Terperinci (Detailed Design) kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah siap 94 peratus, menurut Timbalan Menteri Pertahanan.

Menurut Ikmal Hisham Abdul Aziz, baki enam peratus Rekabentuk Terperinci kapal perang terbabit yang masih belum siap itu hanya melibatkan rekabentuk zon-zon tidak kritikal yang terletak di atas permukaan air.

“Kementerian Pertahanan fokus untuk memastikan Boustead Naval Shipyard dapat menyelesaikan Detailed Design (Rekabentuk Terperinci) kapal LCS dapat diselesaikan serentak dengan pembinaan kapal,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

LCS

Menurutnya, rekabentuk terperinci kapal LCS yang telah siap 94 peratus itu melibatkan “critical zone” iaitu di bawah permukaan air  telah siap.

Sementara itu beliau juga berkata bahawa Naval Group daripada Perancis bakal menghantar pasukan teknikalnya ke Malaysia pada bulan ini untuk melakukan audit terhadap Rekabentuk Terperinci kapal LCS terbabit.

Ikmal juga berkata bahawa Kementerian Pertahanan sedang giat berunding dengan Boustead dan Naval Group daripada Perancis supaya rekabentuk kapal perang paling moden negara itu dapat memenuhi keperluan TLDM sebagai pengguna akhirnya.

Beberapa hari lepas, Menteri Pertahanan mengatakan bahawa kapal LCS1 dijangka akan siap dibina dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung semula, sebaik semua rundingan dalam fasa mobilisasi yang sedang berlangsung selama enam bulan sejak Jun lalu, selesai penghujung Disember kelak,

LCS
Kapal korvet Tentera Laut Mesir yang dibina mengikut rekabentuk “Gowind” sebagaimana kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM.

 

Katanya, selepas fasa mobilisasi selesai penghujung tahun ini, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal pertama LCS disiapkan.

Selain itu kapal juga perlu berada di permukaan air sebelum menjalani trial seperti ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’.

“Garis masa ini mesti dipatuhi semua pemegang taruh, khususnya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) selaku syarikat pembuat.

“Pembinaan LCS akan disambung semula sebaik sahaja semua rundingan selesai dan setiap perjanjian dimuktamadkan dalam fasa mobilisasi yang akan berakhir penghujung Disember ini,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu Ikmal juga berkata bahawa Kementerian Pertahanan merancang menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Pertahanan sebagai antara usaha mencegah dan mengelak penyelewengan dalam pemerolehan aset di bawah kementerian itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Insya-Allah jawatankuasa ini akan berfungsi untuk menetapkan dasar dan membuat keputusan berkaitan perolehan aset khususnya bagi aset strategik bernilai tinggi yang memerlukan keputusan dibuat secara kolektif, selain daripada mengambil kira keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

“Platform peringkat tertinggi ini akan membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM dari segi kelengkapan,” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...