Dron “Lancet” Russia Pastikan Kereta Kebal Abrams Lebih Cepat Dimusnahkan – Pakar Jerman

“Teknologi ketenteraan kini berubah dengan pantas. Penggunaan secara meluas dron berani mati  membuatkan kereta kebal Abrams lebih terdedah kepada kemusnahan. Mereka (Abrams) lebih mudah untuk dikesan dan dimusnahkan dengan cepat,” kata pakar tentera Jerman.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penggunaan secara meluas dron-dron berani mati Russia terutamanya “LANCET” akan mendedahkan kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat kepada “kemusnahan lebih cepat” sebaik sahaja ia memasuki medan pertempuran di Ukraine.

Moscow telah pun memberikan amaran tentang nasib yang bakal diterima sebaik sahaja ia turut serta dalam serangan balas tentera Ukraine di selatan negara itu.

“(Kereta kebal) M1A1 Abrams akan terbakar juga.”

Pakar tentera Jerman Gustav Gressel memberitahu media negara itu bahawa penggunaan secara berleluasan dron-dron berani mati berteknologi tinggi oleh Russia akan mempercepatkan kemusnahan kereta kebal Abrams di Ukraine.

“Teknologi ketenteraan kini berubah dengan pantas. Penggunaan secara meluas dron berani mati  membuatkan kereta kebal Abrams lebih terdedah kepada kemusnahan. Mereka (Abrams) lebih mudah untuk dikesan dan dimusnahkan dengan cepat,” kata beliau.

Dron berani mati “Lancet”

 

Gressel merupakan pakar pembuat dasar di European Council on Foreign Relation (ECFR) yang berkepakaran di dalam konflik bersenjata dan hal ehwal ketenteraan.

Beliau juga berkata masa tidak menyebelahi Ukraine pada ketika ini,dengan musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi, menyebabkan pengerakan kereta kebal seberat 70 tan seperti Abrams akan menjadi lebih sukar disebabkan keadaan yang berlumpur.

Katanya lagi, sepanjang tempoh serangan balas Ukraine yang bermula pada awal musim panas kira-kira tiga bulan yang lalu sehingga kini, dron-dron berani mati (loitering munition) telah menyebabkan banyak kemusnahan di pihak Kiev.

Banyak daripada aset-aset tentera Ukraine termasuk yang dibekalkan oleh negara-negara Barat dan NATO  telah berjaya dimusnahkan oleh dron-dron berani mati Russia itu.

Kata Gressel lagi, tentera Russia menggunakan dron berani mati LANCET untuk memusnahkan pelbagai aset tentera Ukraine seperti meriam-meriam, sistem pertahanan udara, sistem roket lancaran berganda serta pusat-pusat pemerintahan dan kawalan tentera.

Kemudahan produksi Lancet

 

Menurutnya, kira-kira 500 orang anggota tentera Ukraine yang akan mengendalikan kereta kebal M1A1 Abrams telah diberikan latihan selama 10 minggu di kemudahan latihan di Jerman tentang cara-cara mengendalikan kereta kebal buatan Amerika Syarikat itu.

Walaupun dibekalkan dengan latihan selama 10 minggu, namun, anggota tentera Ukraine itu akan hanya memiliki kemahiran asas berkaitan dengan kereta kebal Amerika itu, termasuk tentang taktikal dan operasi.

Kemahiran menembak juga adalah hanya asas katanya sambil menyifatkan bahawa kereta kebal Abrams itu tidak lebih “perangkap maut” apabila berhadapan dengan tentera Russia yang dilengkapi dengan senjata anti-kereta kebal moden.

Baru-baru ini, laporan daripada Ukraine menyatakan bahawa diantara lapan hingga 10 kereta kebal utama M1A1 Abrams daripada 31 buah yang “didermakan” oleh Amerika Syarikat telah pun tiba di negara itu beberapa hari lepas.

Kereta kebal Abrams itu kini sedang disiap-sediakan sebelum dihantar ke medan peperangan untuk berhadapan dengan tentera Russia.

Kereta kebal Abrams.

 

Bagaimanapun,baru sahaja beberapa hari berada di bumi Ukraine, pegawai tentera Ukraine telah memberikan amaran bahawa kereta kebal buatan Amerika Syarikat seberat 70 tan itu mungkin tidak akan “bertahan lama” di medan peperangan.

Apatah lagi, kereta kebal Abrams yang dibekalkan kepada Ukraine adalah varian M1A1 yang dianggap telah “berusia” serta tidak dilengkapi dengan armor “depleted uranium” serta kemampuan terhad berbanding varian terkininya, M1A2.

Sebagaimana yang dibuktikan di Iraq, kereta kebal M1A1 Abrams itu boleh ditewaskan oleh senjata-senjata anti-kereta kebal yang asas dan berusia.

Ketua Direktorat Perisikan Tentera Ukraine Lt Jen Kirill Budanov berkata, tempoh kereta kebal Abrams berada di medan peperangan di negara itu akan menjadi amat terhad sekiranya aset darat itu digunakan di barisan hadapan secara semberono.

“Jika kereta kebal Abrams itu digunakan di barisan hadapan atau sebahagian daripada senario kombat, tempoh masanya (kereta kebal Abrams) berada di medan peperangan itu mungkin akan terhad dan tidak lama,” kata beliau.

Kereta kebal Abrams pada Perang Iraq

 

Budanov juga mengatakan bahawa praktikaliti kereta kebal Abrams itu adalah amat terhad, disebabkan penggunaan berleluasa artilleri dan periuk api oleh tentera Russia di medan peperangan konflik Russia-Ukraine itu.

“Artilleri dan periuk api tentera Russia telah menurunkan potensi penggunaan aset-aset armor di kesemua sudut peperangan kepada tahap minimum,” kata pegawai perisikan paling kanan di dalam tentera Ukraine itu.

Pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat dan Barat menaruh harapan yang tinggi terhadap kemampuan kereta kebal Abrams dalam membantu Ukraine memecah benteng pertahanan tentera Russia dalam serangan balas ketika ini.

Bagaimanapun nasib yang menimpa kereta-kereta kebal Barat seperti Leopard 1 dan Challenger 2 ditangan tentera Russia baru-baru ini, membimbangkan pegawai tentera Amerika Syarikat bahawa kereta kebal Abrams itu akan menerima nasib yang sama. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AbramsfeaturedLancetMusnahUkraine