Kuantan Bakal Tempatkan “Final Assembly Line” FA-50 Block 20 Sekiranya…….

Bandar Kuantan dipilih untuk menempatkan “final assembly line” untuk pesawat FA-50 Block 20 berikutan kedudukannya yang amat strategik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bandar Kuantan bakal menempatkan kemudahan pemasangan akhir (final assembly line) pesawat-pesawat FA-50 Block 20,  sekiranya syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) itu dipilih sebagai pemenang dalam tender bagi perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif berkata bandar Kuantan dipilih untuk menempatkan “final assembly line” untuk pesawat FA-50 Block 20 berikutan kedudukannya yang amat strategik.

“Lokasi dia (Kuantan) yang amat strategik. Ia berdekatan dengan training area untuk ujian penerbangan, berdekatan dengan Kuantan Port, kemudahan landasan kapal terbang selain memiliki kemudahan infrastruktur yang lengkap.”

“Selain itu, lokasi penempatan pesawat baru LCA adalah bertujuan untuk menggantikan pesawat FLIT dan LCA  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dimana kami dan KAI berpandangan bandar Kuantan adalah lokasi yang difikirkan sesuai untuk ‘assembly line’ pesawat FA-50 termasuk menggunapakai kemudahan sedia ada,” kata beliau kepada Defence Security Asia.

Namun kata Mohd Iswandi berkata, semua cadangan penempatan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu tertakluk kepada rundingan dan sekiranya pesawat KAI menjadi pilihan kepada kerajaan Malaysia.

Apa yang pastinya, sekiranya FA-50 dipilih sebagai pemenang dalam tender kerajaan Malaysia itu, maka bandar Kuantan dan negara bakal menerima limpahan ekonomi hasil daripada kewujudan kemudahan pemasangan akhir pesawat FLIT/LCA itu.

Beliau menjangkakan pelaburan di antara US$110 juta hingga US$120 juta (RM440 juta hingga RM480 juta) tidak melebihi US$140 juta (RM560 juta) untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Kuantan itu merangkumi penyediaan fasiliti, tools dan latihan di Korea Selatan.

Mengenai pengambilan tenaga kerja untuk kemudahan pemasangan akhir FA-50 di Kuantan itu, ia melibatkan tenaga mahir tempatan dan luar negara.

“A mixture di antara jurutera KAI dan tempatan. Lebih kurang 40 hingga 50 orang warga tempatan dan disertai lebih kurang 18 tenaga mahir KAI merangkumi jurutera dan pekerja teknikal,” katanya.

 

Kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu juga bakal memiliki barisan juruterbang tempatan dan juruterbang ujian (test pilot) daripada KAI, kata Mohd Iswandi dan menambah, pada mulanya mereka merancang untuk mewujudkan “two aircraft assembly line” tetapi keputusan akhir bergantung kepada KAI yang akan melakukan kajian terperinci mengenainya, sekira ia dipilih oleh kerajaan Malaysia.

“Kita kejar at least 2 aircraft (assembly line) if possible but depend on contractual time line. KAI needed further study to come out which is the best that suit the contract and the current facilities if chosen (by the Malaysian government),” katanya.

Berkenaan tempoh masa diperlukan untuk pemasangan sebuah pesawat FA-50 sekiranya ia dilakukan di kemudahan pemasangan akhir pesawat di Kuantan (sekiranya ia menjadi kenyataan), Iswandi memberi bayangan.

“Estimate 12 hingga 25 minggu depend on flight functional checks, weather dan lain-lain faktor. System functional check akan cover: weighing, fuel wet/leak check, ECS/OBOGS check, secondary power system check, green engine run, NVIS light check out, electrical power check, hydraulic bleed and leaking test, avionic system, flight control check.”

“We estimate lebih kurang 7 ke 8 sorties diperlukan before pesawat (FA-50 Block 20) lulus untuk diserahkan kepada TUDM,” kata Iswandi.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Terus-teranglah admin katakan bahawa admin amat teruja dengan cadangan daripada KAI dan rakan tempatan mereka, Kemalak Systems.  Walauapapun keputusan bergantung kepada kerajaan.

Ok selepas dah siap pasang FA-50 Block 20 milik TUDM di kemudahan pemasangan akhir di Kuantan itu, kita sambung pulak pasang KF-21 “Boramae”. Amacam…

— DSA

FA-50featuredKAIKuantanTUDM
Comments (0)
Add Comment