Tentera Darat Korea Selatan Berminat Dapatkan Sistem UAS Turki “Akinci” ?

Adakah lawatan pegawai-pegawai kanan tentera Korea Selatan ke syarikat Baykar Technology daripada Turki itu menunjukkan negara Asia Timur yang memiliki industri pertahanan yang maju turut berminat untuk memperolehi sistem UAS High Altitude Long Endurance (HALE) “Akinci” bagi kegunaannya?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Korea Selatan telah menghantar pegawai-pegawai kanan tenteranya untuk berkunjung ke Baykar Technology di Turki,  yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) yang terkenal di seantero dunia, “Bayraktar TB2.”

Menurut laporan-laporan media, lawatan itu berkemungkinan berkisar kepada minat yang ditunjukkan oleh pihak tentera Korea Selatan terhadap satu lagi sistem UAS keluaran Baykar iaitu “Akinci.”

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media sosial syarikat itu, delegasi tentera Korea Selatan itu diketuai oleh Ketua Staff Tentera Darat negara itu Lt Jen Oon Tai Yeo.

Delegasi telah melawat Pusat Teknologi Kebangsaan Ozdemir Bayraktar serta mengadakan mesyuarat dengan pengurusan kanan syarikat Baykar.

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh syarikat menunjukkan kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang sistem UAS High Altitude Long Endurance (HALE) “Akinci.”

Adakah lawatan pegawai-pegawai kanan tentera Korea Selatan itu menunjukkan negara Asia Timur yang memiliki industri pertahanan yang maju turut berminat untuk memperolehi sistem UAS “Akinci” bagi kegunaannya?

Dengan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea akibat ujian demi ujian peluru berpandu Korea Utara, Seoul berkemungkinan mahu sistem UAS berkuasa tinggi seperti “Akinci” yang bukan sahaja boleh memainkan peranan sebagai “mata dan telinganya” di udara tetapi juga sebagai sistem UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle) yang berkemampuan tinggi.

Dengan berat ketika berlepas pada 5,500kg, sistem UAS “Akinci” boleh terbang setinggi 40,000 kaki dengan endurance operasi lebih daripada 20 jam.

Dron Bayraktar Akinci ini juga dilengkap dengan pelbagai sistem penderia dan elektronik termasuk electro-optic/infrared/laser designation (EO/IR/LD) sensor, multi-mode active radar Electronically Scanned Array (AESA) dan sistem Signal Intelligence (SIGINT).

Dengan segala peralatan ini, ia boleh melaksanakan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance (ISR).

Sistem UAS “Akinci” berkemampuan melaksanakan penerbangan dengan kesemua sembilan stesen senjatanya dilengkapi dengan pelbagai bom-bom pintar.

Antara sistem persenjataan mampu dibawanya adalah, bom 500kg Mk-82 yang dilengkapkan dengan kit panduan laser Teber-82, peluru berpandu MAM-T, MAM-L dan MAM-C serta bom 500kg Mk-82 yang dipasang dengan kit panduan laser HGK-82.

Kit panduan laser Teber-82 itu dihasilkan oleh firma Roketsan, yang turut membangunkan peluru berpandu MAM yang bukan sahaja digunakan oleh pesawat tanpa pemandu, tetapi juga pesawat pejuang dan pesawat pejuang ringan.

Peluru berpandu MAM-C adalah varian high-explosive manakala MAM-L pula adalah varian Thermobarik dan MAM-T adalah varian jarak jauh.

Kit panduan laser HGK-82 dibangunkan oleh TUBITAK.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

Ketua Presidensi Industri Pertahanan (SSB) Ismail Demir pula dalam satu kenyataan sebelum ini berkata,  Tentera Udara Turki telah pun menerima tiga buah dron “Akinci”, yang merupakan pesawat tanpa pemandu High Altitude Long Endurance (HALE).

Pesawat tanpa pemandu “Akinci” yang melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 itu boleh melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan udara-ke-darat.

Sistem UAS “Akinci” juga akan dilengkapkan dengan radar AESA yang dibangunkan oleh firma pertahanan Turki sendiri, ASELSAN .

Berbanding dengan “Bayraktar TB2”, sistem UAS terbaru tentera Turki itu, “Akinci” adalah lebih besar dengan panjang sayapnya sahaja adalah kira-kira 20 meter.

Ia boleh dilengkapi dengan enjin 450 kuasa kuda atau 750 kuasa kuda. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

AkinciBaykarfeaturedKorea SelatanPesawatTurki