(VIDEO) Dron “Kizilelma” Tunjukkan Kemajuan, Mula Lakukan Ujian Darat

Dron "Kizilelma" akan menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu pertama bagi Turkiye, menggunakan enjin jet tunggal (single engine jet), low-observerable, berkelajuan supersonik/subsonik serta boleh berlepas dan mendarat daripada kapal pengangkut pesawat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Syarikat Baykar daripada Turki sudah memulakan ujian darat (ground test) untuk dron “Kizilelma” yang digambarkan sebagai pesawat pejuang tanpa pemandu pertama untuk negara Mediterranean itu.

Ujian darat yang pertama untuk “Kizilelma” itu dilakukan di Akinci Flight Training and Test Center di Tekirdag.

Dron “Kizilelma” itu dibangunkan oleh syarikat Baykar, yang turut sama membangunkan dron “Bayraktar TB2” yang telah menunjukkan prestasi baik pada konflik-konflik di Nagorno-Karabakh dan Ukraine.

Ia akan menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu pertama bagi Turkiye, menggunakan enjin jet tunggal (single engine jet), low-observerable, berkelajuan supersonik/subsonik serta boleh berlepas dan mendarat daripada kapal pengangkut pesawat.

“Kizilelma” dibangunkan di bawah program MIUS atau “Sistem Pesawat Kombat Tanpa Pemandu.”

Menurut laporan-laporan sebelum ini, Turki bercadang meletakkan dron “Kizilelma” ini di kapal Landing Helicopter Dock (LHD) miliknya yang pertama, TCG Anadolu.

Kapal TCG Anadolu sedang menjalani ujian di lautan pada ketika dan dijangka memasuki perkhidmatan Tentera Laut Turki pada tahun depan.

Dron “Kizilelma” akan menggunakan enjin Ivchenko-Progress yang direkabentuk oleh syarikat Ukraine.

Buat permulaan ia akan menggunakan enjin subsonik tetapi varian lebih canggih “Kizilelma” akan menggunakan enjin supersonik bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi.

Menurut spesifikasi teknikal dron itu, ia mampu terbang selama di antara lima hingga enam jam, radium kombat sejauh 500 batu dan service ceiling setinggi 35,000 kaki.

Dengan berat keseluruhan “Kizilelma” adalah 6 tan, dron itu berkemampuan membawa pelbagai sistem persenjataan dan sensor seberat 1.5 tan, dengan sebahagiannya disimpan di dalam internal weapon bays bagi memelihara karakteristik halimunannya.

Antara sistem persenjataan yang bakal dibawanya termasuk peluru-peluru berpandu udara-ke-darat yang dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Turki sendiri dan peluru berpandu udara-ke-udara.

Berbanding dengan Bayraktar TB2 dan Akinci, dron “Kizilelma” bakal melaksanakan misi-misi seperti udara-ke-udara selain operasi seperti Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

Pesawat pejuang tanpa pemandu Turki itu direkabentuk untuk beroperasi sama ada secara subsonic atau supersonik, memiliki air frame yang rendah radar cross section (RCS) dan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kizilelma” adalah masa depan peperangan udara bagi Turkiye di mana ia kian bergantung kepada pesawat-pesawat tanpa pemandu untuk melaksanakan misi-misi peperangan dan operasi udara.

Ia akan menggantikan pesawat pejuang F-35 yang sepatutnya beroperasi di atas “TCG Anadolu”, sebelum Turkiye dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima itu kerana Ankara berdegil untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

BaykarDronfeaturedKizilelmaTurki
Comments (2)
Add Comment