Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Persiap Kereta Kebal Termodennya, T-14 “Armata” Untuk Misi Di Ukraine

Kereta-kereta kebal Russia dikatakan tidak mampu menangani serangan-serangan senjata anti-kereta kebal buatan negara Barat yang digunakan oleh tentera Ukraine dan kini mahu mempertaruhkan kereta kebal termodennya, T-14 Armata.

0 2,606

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia bercadang mengerah kereta kebal utama termodennya yang dipanggil “T-14 Armata” ke Ukraine bagi membantu unit-unit kereta kebalnya, yang sedang berhadapan dengan tentangan sengit daripada pihak Kiev dibantu oleh sistem anti-kereta kebal buatan negara-negara Barat.

Menurut maklumat daripada sumber terbuka yang dipetik oleh media Russia, sehingga kini, tentera darat Russia dianggarkan telah kehilangan sehingga 1,500 buah pelbagai jenis kereta kebal di Ukraine.

Kereta kebal kedua termoden tentera Russia iaitu T-90 juga berdepan keadaan sukar di Ukraine.

Tentera Russia dikatakan telah kehilangan lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kereta kebalnya yang masih beroperasi pada ketika ini.

Kereta-kereta kebal Russia dikatakan tidak mampu menangani serangan-serangan senjata anti-kereta kebal buatan negara Barat yang digunakan oleh tentera Ukraine.

T-14 Armata

Kini, ia mahu mempertaruhkan kereta kebal termodennya, T-14 Armata yang didakwa memiliki armor generasi baru yang lebih berkemampuan untuk menangani serangan senjata anti-kereta kebal Barat yang dibekalkan kepada tentera Ukraine.

Bagi mempersiap-sediakan kereta kebal T-14 Armata sebelum ia dikerah ke Ukraine, tentera Russia sebagaimana dilaporkan oleh media online negara itu baru-baru ini telah menghantar kereta kebal termodennya itu ke Kazan, di mana unit-unit kereta-kereta kebal dan armor yang lain diberikan latihan sebelum mereka dikerah ke Ukraine.

Walaupun begitu, kerahan kereta kebal T-14 Armata itu mungkin tidak akan mengambil dalam tempoh terdekat kerana kereta kebal termoden Russia itu masih perlu diberikan latihan untuk mengendalikannya.

Sehingga kini, tidak diketahui jumlah sebenar kereta kebal T-14 Armata yang dimiliki oleh tentera Russia.

Tentera Russia dipercayai tidak memiliki kereta kebal T-14 dalam jumlah yang banyak kerana pengeluaran kereta kebal itu terjejas teruk selepas Russia dikenakan sekatan ekonomi yang ketat oleh dunia selepas ia menceroboh Russia.

T-14 Armata

Kereta kebal T-14 Armata itu dibangunkan oleh Uralvagonzavod dan telah membuat kemunculan awamnya pada tahun 2019.

 Kereta kebal utama tentera Russia itu mula dibangunkan pada tahun 2013 dengan prototaip pertama kereta kebal utama yang mempunyai berat di antara 48 tan hingga 49 tan itu telah diserahkan kepada tentera Russia pada 2015.

Berbanding kereta kebal utama Amerika Syarikat seperti Abrams yang mempunyai berat sehingga 60 tan, maka T-14 Armata boleh dikategorikan sebagai kereta kebal bersaiz sederhana di mata pemerhati pertahanan Barat.

Kereta kebal T-14 Armata ini dilengkapi dengan meriam 125mm 2A82-1M  smoothbore dengan autoloader dan 32 butir peluru yang sedia digunakan.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, kereta kebal termoden Russia itu mampu membawa 45 butir peluru.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Meriam kereta kebal itu juga berkemampuan melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal yang boleh membedil sasaran sejauh di antara 7 hingga 11 km.

Selain ia juga dilengkapi dengan satu remote weapon station yang terletak di atas turret serta satu mesingan 7.62mm.

Ok mengenai armornya pula, kereta kebal utama T-14 Armata itu dilengkapi dengan Explosive Reactive Armor (ERA) yang baru, tetapi komposisi armor itu adalah rahsia besar Angkatan Tentera Russia.

Ia juga dilengkapi dengan Active Protection System (APS).

Kereta kebal T-14 Armata itu dilengkapi dengan enjin turbin gas yang mampu menjana kuasa sehingga 1,500 kuasa kuda dengan lapan transmisi kelajuan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...