KF-21 “Boramae” Intai Pasaran Eksport. Berminat??

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” baru sahaja melakukan penerbangan sulungnya pada Julai lepas, tetapi Korea Selatan telah pun memasang impian untuk menjadikan pesawat pejuang itu yang dibangunkan dengan kos US$6.67 bilion (RM26.7 bilion)  itu sebagai salah satu produk eksport ketenteraannya yang “paling laris.”

Sebanyak 20 daripada peratus kos pembangunan pesawat itu disumbang oleh Indonesia yang menyertai program pembangunan pesawat pejuang itu. (admin berpendapat suatu langkah yang baik oleh Jakarta). Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Indonesia?

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bertanggungjawab membangunkan pesawat itu yang dikatakan menyerupai “F-22 ” berikutan rekabentuknya yang hampir menyerupai pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin itu.

Penerbangan sulung pesawat prototaip KF-21 itu telah berlaku pada Julai lepas, iaitu kira-kira tujuh tahun selepas program pembangunannya bermula pada Disember 2015.

Pesawat prototaip KF-21 yang pertama daripada enam dibina itu berlepas kira-kira 3.40 petang (wakti tempatan) daripada sebuah pangkalan Tentera Udara Korea Selatan di bandar Sacheon, South Gyeongsang Province.

Bandar Sacheon juga menempatkan KAI.

Kenyataan daripada Defense Acquisition Program Administration (DAPA) menyebut pesawat prototaip KF-21yang dipandu Mejar Ahn Jun-hyun daripada Tentera Udara Korea Selatan berada di udara selama 33 minit sebelum mendarat di pangkalan udara itu pada 4.13 petang.

Pesawat prototaip KF-21 itu terbang selaju 400km sejam ketika penerbangan sulung selama 33 minit itu.

Pesawat prototaip KF-21 itu dilengkapi dengan mock-up penuh (full-scale mockups empat butir peluru berpandu udara-ke-udara Meteor yang merupakan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR), infrared search and track system, menurut pihak tentera Korea Selatan.

Dengan berakhirnya penerbangan sulung itu, enam buah pesawat prototaip KF-21 akan melaksanakan 2,200 penerbangan ujian bermula daripada bulan ini sehingga tahun 2026.

Pembangunan pesawat itu dan sistem-sistemnya akan selesai pada tahun 2026 selepas mengesahkan pelbagai prestasi dan kemampuan pesawat itu dan keberkesanannya dalam melaksanakan misi udara-ke-udara.

Sekiranya segala ujian terhadap pesawat KF-21 berjaya dilakukan pada 2026, maka Korea Selatan akan menjadi negara kelapan didunia yang berjaya menghasilkan pesawat pejuang supersonik moden.

Sekiranya kesemua ujian penerbangan itu berjalan dengan lancar, maka kontrak pengeluaran pesawat KF-21 itu akan ditandatangani pada tahun 2024 dengan penghantaran kepada Tentera Udara Korea Selatan bermula pada tahun 2026.

KAI merancang untuk membekalkan 40 buah pesawat KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2028, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada tahun 2032.    

KAI yang turut membangunkan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Fighter Aircraft (FLIT/LCA) T-50/FA-50 sebagaimana yang ditawarkan kepada Malaysia, juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat bermula pada tahun 2028.

Pesawat FA-50 Tentera Udara Korea Selatan

 

Tahun 2028 adalah tahun yang sama dimana KAI mula membekalkan pesawat KF-21 Block 1 untuk misi udara-ke-udara kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Bercakap tentang pasaran eksport bagi pesawat KF-21, selain Indonesia yang merupakan rakan kongsi pembangunan pesawat itu, syarikat KAI turut mensasarkan beberapa negara lain terutamanya yang telah pun menggunakan pesawat FLIT/LCA T-50/FA-50.

Antara negara-negara yang disasarkan oleh KAI termasuklah negara jiran kira iaitu Filipina dan Thailand serta Iraq yang merupakan negara pengguna T-50 dan FA-50.

Selain itu,syarikat itu juga bercadang memasarkan pesawat KF-21 itu kepada negara-negara seperti Peru, Qatar, Senegal dan Malaysia.

Pesawat KF-21 ketika melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas.

 

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal, bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata walaupun perancang-perancang program CAP55 sentiasa memantau evolusi sistem pertahanan di pasaran, tetapi adalah terlalu awal untuk memastikan kesesuaian pesawat KF-21 itu terhadap keperluan TUDM.

“Sebagaimana disebut sebelum ini, pesawat-pesawat pejuang MRCA TUDM ketika ini iaitu F/A-18C/D dan Su-30MKM akan terus beroperasi sehingga tahun 2035 dan 2040 selepas pelbagai usaha kejuruteraan untuk memastikan keberkesanannya dan kerelevanannya kepada tentera udara,” kata beliau dalam temuramah itu.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Jika Malaysia berminat untuk mendapatkan pesawat KF-21 itu, ia boleh mempertimbangkan varian Block 3 pesawat itu yang dikatakan diubahsuai untuk menjadi pesawat generasi kelima dan halimunan.

Antara ubahsuai besar yang bakal dilaksanakan pada pesawat KF-21 Block 3 adalah menyediakan tempat penyimpanan untuk bom-bom dan peluru berpandu yang dibawanya atau “internal weapon bays” bagi mengurangkan lagi radar-cross section pesawat itu. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

BoramaeEksportfeaturedKF-21Pesawat
Comments (0)
Add Comment