JAS39 Gripen-E VS F-16 Block 70 Untuk Kontrak Perolehan Pesawat Pejuang Thailand

Thailand dilaporkan telah menyenarai pendek dua buah pesawat pejuang dalam senarai terakhirnya itu, iaitu varian terkini pejuang pejuang buatan syarikat Lockheed Martin F-16 Block 70 dan juga Gripen-E yang merupakan varian terkini pesawat pejuang JAS39 buatan Saab Group daripada Sweden.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas gagal membeli pesawat pejuang generasi kelima F-35 daripada Amerika Syarikat, Thailand kini sedang dalam peringkat akhir kajian sebelum memutuskan pesawat baru miliknya yang akan menggantikan pesawat-pesawat pejuang F-16 miliknya yang telah berusia.

Thailand dijangka mengumumkan pesawat pejuang pilihanannya itu pada akhir tahun ini.

Negara jiran Malaysia itu dilaporkan telah menyenarai pendek dua buah pesawat pejuang dalam senarai terakhirnya itu, iaitu varian terkini pejuang pejuang buatan syarikat Lockheed Martin F-16 Block 70 dan juga Gripen-E yang merupakan varian terkini pesawat pejuang JAS39 buatan Saab Group daripada Sweden.

Pemilihan pesawat-pesawat pejuang F-16 Block 70 dan juga Gripen-E itu telah pun disahkan oleh Panglima Tentera Udara Thailand Marsyal Udara Phanpakdee Pattankul baru-baru ini.

“Sejak adalah amat mustahil untuk membeli pesawat pejuang F-35 sebagaimana dirancang, pilihan telah dikecilkan kepada Gripen-E dan F-16 Block 70,” kata beliau.

Sebuah pesawat JAS 39 Gripen C/D Tentera Udara Diraja Thailand dengan pesawat AEW “Erieye.”

 

Menurutnya lagi, daripada tujuh skuadron Tentera Udara Thailand pada ketika ini pesawat-pesawat pejuang tiga buah skuadron miliknya akan ditamatkan perkhidmatannya kerana pesawat pejuang telah berusia dan usang.

Setiap skuadron memiliki 12 buah pesawat pejuang dan pesawat-pesawat pejuang barunya itu akan menggantikan pesawat yang ditamatkan khidmat.

Menurut sumber yang memberitahu akhbar The Bangkok Post negara itu, pembelian pesawat pejuang baru Thailand itu akan bermula pada Oktober tahun depan dengan perolehan empat buah pesawat pejuang awal diikuti dengan pesawat yang lain.

Pada ketika ini, Thailand turut mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang F-16 daripada varian yang telah berusia dan juga 12 buah pesawat pejuang JAS39 Gripen yang diperolehinya daripada Saab pada 2008.

Tentera Udara Thailand dilaporkan mengoperasikan 50 buah F-16 dengan 36 buah dioperasikannnya sebagai pesawat pejuang manakala 14 yang lain selebihnya sebagai pesawat latihan.

Negara jiran Malaysia itu mahu menamatkan khidmat pesawat-pesawat pejuang F-16 A/B yang telah berusia.

F-16 Block 70

 

“Kami yakin bahawa pesawat pejuang F-16 Block 70 akan memperkuatkan Tentera Udara Thailand dan memberikan kemampuan abad ke-21 dan prestasi untuk menangani keperluan pertahanan negara itu, “ kata jurucakap syarikat Lockheed Martin kepada Defense News.

Sementara itu Saab Group menawarkan varian terkini JAS39 Gripen-E kepada Thailand untuk memastikan syarikat Sweden itu berjaya menawan hati negara Asia Tenggara itu.

Wakil syarikat Saab, Robert Bjorklund dilaporkan berkata pada November lalu bahawa kemampuan pesawat-pesawat Gripen sedia ada Thailand akan lebih dipertingkatkan sekiranya ia digandingkan dengan pesawat-pesawat Gripen daripada varian terkini.

Seliau, usaha Sweden dan syarikat Saab untuk menjual pesawat-pesawat Gripen kepada Thailand turut mendapat sokongan daripada United Kingdom.

Pada 20 Mac lalu, syarikat Saab mengumumkan bahawa usahanya untuk menjual JAS39 Gripen-E turut mendapat sokongan daripada United Kingdom.

Pesawat F-16 Korea Selatan

 

“Sweden dan United Kingdom bergandingan dalam menawarkan masa depan terbaik daripada segi kemampuan kepada Tentera Udara Thailand,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Saab itu.

Setiausaha Luar United Kingdom David Cameron ketika melawat Thailand baru-baru ini turut dilihat melawat skuadron Tentera Udara Thailand yang mengoperasi pesawat pejuang Gripen dioperasikan oleh negara Asia Tenggara itu.

Walaupun pesawat pejuang Gripen diperbuat oleh syarikat Saab daripada Sweden, namun Saab mendedahkan 25 peratus daripada komponen untuk pesawat itu diperbuat oleh syarikat-syarikat yang berpengkalan di United Kingdom. — DSA

F-16featuredGripenThailand
Comments (0)
Add Comment