Sweden Enggan Jual Gripen Pada Filipina Kerana Rekod Hak Asasi Manusia Buruk
Cadangan kerajaan Filipina untuk memperolehi kira-kira 12 buah pesawat pejuang JAS 39D “Gripen” keluaran syarikat Saab Group daripada Sweden tidak kesampaian kerana negara Eropah enggan meluluskan penjualannya berikutan rekod buruk hak asasi manusia kerajaan negara Asia Tenggara di bawah pemerintahan presidennya Rodrigo Duterte.