Pesawat Pejuang Gen-5 Iran “Qaher-313”. Benar Atau Hanya Mainan Mimpi?

Pentadbiran Iran pada ketika itu mendabik dada bahawa pesawat pejuang generasi kelima buatan agensinya Iran Aviation Industries Organisation (IAIO) yang dinamakan Qaher-313 itu adalah lebih hebat daripada pesawat-pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat iaitu F-22 "Raptor" dan F-35 "Lightning."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sembilan tahun lepas, Iran telah memperkenalkan kepada dunia pesawat pejuang “generasi kelima” buatan industri pertahanannya yang dinamakan Qaher-313 (Conquerer atau Penakluk) dihadapan presiden negara Parsi pada ketika itu,  Mahmoud Ahmadinejad.

Pentadbiran Iran pada ketika itu mendabik dada bahawa pesawat pejuang generasi kelima buatan agensinya, Iran Aviation Industries Organisation (IAIO) yang merupakan cabang Kemeterian Pertahanan Iran itu adalah lebih hebat daripada pesawat-pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat iaitu F-22 “Raptor” dan F-35 “Lightning.”

Sebaik sahaja Iran mendedahkan kepada dunia pesawat pejuang gen-5 buatan tempatannya itu, ia telah disambut oleh perasaan was-was dan skeptikal oleh penganalisis ketenteraan antarabangsa dan pakar-pakar penerbangan.

Mereka berpendapat bahawa pesawat pejuang gen-5 Qaher-313 itu tidak lebih hanyalah suatu mock-up untuk menunjukkan kepada rakyat Iran bahawa ia memiliki keupayaan untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Barat daripada segi ketenteraan.

Kerajaan Iran pada ketika itu menjadi Qaher-313 sebagai suatu alat politik untuk menunjukkan kepada rakyatnya bahawa teknologi ketenteraannya adalah sama maju dan canggih dengan apa yang dimiliki oleh Barat.

Pakar-pakar ketenteraan Barat menyifat pesawat pejuang gen-5 Iran itu tidak ubah seperti alatan prop untuk industri perfileman Hollywood dan tidak mencapai tahap untuk menjadi pesawat pejuang genarasi masa kini.

Malah untuk memanggil Qaher-313 yang memiliki satu enjin sebagai pesawat pejuang generasi keempat juga menurut mereka, adalah sesuatu yang tidak sesuai.

Rekabentuk pesawat itu serta saiznya menurut mereka memiliki terlalu banyak kesalahan daripada segi kejuruteraan avionik menyebabkan mereka percaya bahawa Qaher-313 itu tidak lebih adalah alat propaganda pihak pentadbiran dan ketenteraan Iran pada ketika itu.

Malah pakar-pakar ketenteraan Barat juga mempersoalkan keadaan kokpit pesawat pejuang gen-5 Iran itu yang menurut mereka yang bukan sahaja tidak menunjukkan ciri-ciri gen-5 tetapi juga adalah “terlalu asas” dan lebih sesuai untuk pesawat persendirian yang kecil.

Qaher-313 juga dibina dengan bahagian nose section yang terlalu sehinggakan tidak ada radar yang boleh dimuatkan di dalamnya, manakala bahagian air intakes juga disifatkan terlalu kecil untuk pesawat pejuang gen-5 atau apa-apa pesawat pejuang.

Menurut pakar-pakar penerbangan yang pesisimis itu, bahagian air intakes yang terlalu kecil itu lebih sesuai untuk dron dan bukan untuk pesawat pejuang.

Kokpit pesawat Qaher-313

 

Digembar-gembur oleh Iran sebagai pesawat pejuang paling modennya, Qaher -313 juga tidak memiliki sebarang weapon bays untuk menyimpan bom dan peluru berpandu disebabkan saiznya yang terlalu kecil.

Menurut laporan media sebelum ini, Iran cuba menyakinkan komuniti penerbangan mengenai kemampuan pesawat pejuang Qaher-313 dengan menyiarkan video menunjukkan pesawat itu terbang laju di ruang udara tetapi ada juga pendapat mengatakan bahawa video itu adalah hasil rekaan grafik.

Apapun, sembilan tahun sudah berlalu sejak diperkenalkan, masyarakat ketenteraan dunia masih tertanya-tanya tentang kemajuan yang telah dicapai oleh Qaher-313 sehingga kini kerana pihak Iran seolah-olah berdiam diri tentang kemajuannya.

Pesawat pejuang buatan tempatan Iran “Kowsar” (gambar atas) dan pesawat F-5E Tiger buatan Amerika Syarikat.

 

Episod tentang pesawat pejuang gen-5 Qaher-313 itu adalah sama seperti apabila Iran mengumumkan tentang pesawat pejuang “Kowsar” dan mendakwa bahawa ia pesawat pejuang itu memiliki avionik moden dan radar serbaguna serta 100 peratus buatan tempatan.

Namun apa yang didakwa oleh Iran itu telah ditangkis oleh pakar penerbangan yang mengatakan bahawa pesawat pejuang “Kowsar” itu hanyalah pesawat pejuang F-5E Tiger, yang dibina oleh Amerika Syarikat pada 1959. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

 

 

 

 

featuredGen-5IranPesawatQaher-313
Comments (1)
Add Comment