4 Helikopter AW139 TUDM Tampung Sebahagian Operasi EC 725 AP

Helikopter AW 139 TUDM ini akan bmelaksanakan tugasan seperti Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC) dan Humanitarian and Disaster Relief (HADR).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah helikopter Leonardo AW 139 yang disewa jangka pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan aset mobiliti terbaharu yang akan digunakan bagi pelaksanaan operasi udara melibatkan fleet helikopter.

Menurut TUDM dalam posting dalam media sosialnya semalam, helikopter AW 139 ini akan beroperasi di bawah kendalian No. 3 Skuadron yang sebelum ini merupakan skuadron yang mengoperasikan pesawat helikopter Nuri.

Helikopter itu disewa daripada syarikat Westar Aviation Services Sdn Bhd mengguna konsep GOCOM (Government Operate Company Own and Maintain).

Kontrak sewaan helikopter ini adalah sebahagian daripada perancangan TUDM melalui pelan strategiknya, Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM atau RMAF Capability Development Plan 2055 (RMAF CAP55) serta digariskan dalam RMK-13 (2026-2030) bagi menggantikan operasi helikopter Nuri.

Ia merupakan kaedah jangka pendek yang dilaksanakan secara sewaan (leasing).

Salah sebuah helikopter AW139 TUDM yang disewa guna konsep GOCOM (Government Operate Company Own and Maintain) Gambar kredit Fb Hishammuddin

 

Pada masa ini, sebanyak tiga buah helikopter AW 139 telah diterima manakala sebuah helikopter lagi dijadualkan akan diterima pada bulan Mei 2022.

Penerimaan dan pengoperasian helikopter ini adalah bertujuan menampung keperluan operasi yang ketika ini dilaksanakan oleh helikopter EC 725 AP dalam penugasan Combat Search and Rescue (CSAR), Tactical Airlift dan Utiliti yang terkandung di dalam Pelan 4 Dimensi ATM.

TUDM memiliki 12 buah helikopter EC 725 AP (kini dikenali dengan nama helikopter Airbus HC225M).

Helikopter Airbus H225M (EC 725) milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

Dengan pelaksanaan sewaan helikopter ini juga, ianya menjadi platform penting kepada fleet helikopter TUDM untuk mengekal dan meningkatkan kompetensi serta kemahiran anak kapal helikopter.

Secara tidak langsung, ianya dapat memanfaatkan semula kepakaran anak kapal dalam bidang penerbangan.

Helikopter AW 139 TUDM ini akan berperanan dalam melaksanakan tugasan seperti Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC) dan Humanitarian and Disaster Relief (HADR).

Helikopter Sikorsky S-61 “Nuri” TUDM yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM pada 2019.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Helikopter AW 139 ini turut berkeupayaan melaksanakan peranan dan tugas utiliti fleet helikopter TUDM serta mampu dioperasi pada waktu siang dan malam.

Perolehan aset udara ini akan turut meningkatkan lagi kesiagaan dan keupayaan TUDM khususnya dalam melaksanakan operasi dan peranan utamanya dalam memelihara kedaulatan ruang udara negara. 

(gambar kredit FB Hishammuddin)

 

Penyewaan empat buah helikopter Leonardo AW139 itu adalah satu langkah jangka sementara, sebelum TUDM melakukan perolehan kira-kira 24 buah helikopter sebagai langkah jangka panjang  untuk menggantikan helikopter Nuri.

TUDM dijangka melakukan perolehan 24 buah helikopter baru bermula pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada tahun 2026-2030 sehingga RMK-14 bermula pada tahun 2031 hingga 2035.

24 buah helikopter baru untuk menggantikan helikopter Nuri itu akan diperolehi dalam dua peringkat, dengan 12 buah pada RMK-13 manakala 12 buah selebihnya diperolehi pada RMK14.

 TUDM memerlukan sebanyak 36 buah helikopter, dengan 12 buah keperluan itu telah pun dipenuhi menerusi penggunaan helikopter EC-725 pada ketika ini. — DSA

AW139featuredLeonardoTUDM
Comments (0)
Add Comment