FNSS Tampilkan MAV, Kaplan MT (Harimau) Pada Indo Defence 2022

Pada Expo dan Forum Indo Defence yang akan bermula esok hingga 5 November, syarikat FNSS daripada Turki akan menonjolkan kenderaan tempur amfibia, Marine Assault Vehicle (MAV) dengan CAKA RWS dan kereta kebal sederhana, Kaplan MT atau dipanggil "Harimau."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Turkiye, FNSS membawa dua buah kenderaan tempur yang dibangunkannya iaitu Marine Assault Vehicle (MAV) yang dilengkapi dengan CAKA Remote Weapon System (RWS) dan kereta kebal sederhana, Kaplan MT pada Expo dan Forum Indo Defence yang bermula esok hingga 5 Nov.

Indo Defence akan berlangsung di JIIExpo Kemayoran selepas tertangguh selama empat tahun akibat pandemik.

Kenderaan tempur, MAV yang dilengkapi CAKA RWS yang dipamerkan di Booth di Hall A-A005a merupakan kenderaan berteknologi baru yang direkabentuk oleh FNSS untuk melaksanakan misi amfibia.

Semasa fasa pendaratan pantai di dalam operasi amfibia, kenderaan MAV akan dilancarkan daripada kapal Landing Helicopter Dock (LHD) dan berkemampuan bergerak kearah pantai dengan pantas, sekaligus melindungi anggota tentera dengan perlindungan armornya.

Dengan “badan” yang unik dan water jet yang berkuasa tinggi menjadikan MAV sebuah kenderaan tempur yang mampu bergerak di dalam air dengan kelajuan 7 knot dan 70km sejam di atas daratan.

Kenderaan Marine Assault Vehicle (MAV). (kredit FNSS)

 

Selain memiliki kelajuan yang tinggi di dalam air dan darat, kenderaan MAV itu juga dilengkapi dengan RWS yang boleh membawa mesingan berat 12.7mm serta automatic grenade launcher (AGL) 40mm.

Dicipta untuk membantu dwi-operasi berdasarkan kepada keperluan misi yang digariskan oleh komandernya, kenderaan armor amfibia seperti MAV yang dibangunkan oleh FNSS memastikan penggunanya memiliki kemampuan yang ampuh sama ada di laut atau di darat.

Berbanding dengan kenderaan tempur amfibia lain di dalam pasaran, MAV dianggap berkemampuan tinggi di dalam aspek bilangan anggota yang boleh dibawanya, perlindungan terhadap periuk api, RWS generasi-baru dan kemampuannya di atas darat serta laut.

Manakala bagi kereta kebal sederhana, Kaplan MT atau dipanggil “Harimau” oleh pihak Indonesia, ia dibangunkan secara bersama oleh Presidency Of Defence Industries (SSB) Turkiye dengan Kementerian Pertahanan Indonesia.

Kereta kebal sederhana itu akan mengadakan demonstrasi terbuka pada hari esok pada Indo Defence.

Kaplan MT (kredit FNSS)

 

Syarikat FNSS telah menyelesaikan produksi kumpulan pertama kereta kebal itu dengan konfigurasi produksi.

Sebanyak 10 buah kereta kebal Kaplan itu telah dihasilkan di kemudahan FNSS, sebelum dihantar ke Indonesia bagi pemasangan turret-nya.

Manakala sebahagian daripada alatan dan sub-sistem bagi lapan buah lagi kereta kebal itu dieksport ke Indonesia kepada rakan kerjasamanya, PT Pindad sebagai “knock-down kits”.

Produksi kereta kebal sederhana itu dijangka akan tamat pada akhir separuh pertama pada tahun depan.

Kereta kebal sederhana generasi baru, Kaplan MT merupakan satu-satunya kereta kebal bersaiz tersebut yang direkabentuk dengan enjin berkuasa tinggi dan bukan varian yang berasal daripada kenderaan IFV (Infantry Fighting Vehicle).

MAV (kredit FNSS)

 

Rekabentuknya yang unik dengan silhouette yang rendah dan ratio kuasa kepada berat yang tinggi merupakan platform yang direkabentuk dengan berat yang optimum dan mobiliti pergerakan yang tinggi.

Kaplan MT memberikan survivalbiliti yang tinggi di medan peperangan termasuk rangka balistik yang canggih, sistem perlindungan periuk api yang paling ampuh di dalam kelasnya serta persenjataan yang mencukupi.

Dengan sistem persenjataan itu, ia membolehkan Kaplan MT menangani apa sahaja ancaman di medan peperangan.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Memandangkan projek kereta kebal sederhana Kaplan MT itu merupakan projek eksport kereta kebal yang pertama bagi negara Mediterranean, ia telah menonjolkan pengalaman penting di dalam penghasilan kereta kebal oleh FNSS.

Syarikat FNSS telah berjaya melaksanakan projek Kaplan MT itu di dalam masa yang amat pendek, dengan produksi platfom itu berjaya disiapkan di dalam tempoh yang ditetapkan.  — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

featuredFNSSIndo DefenceKaplanMAVTurki