“Floating Bullet Proof Vest” Untuk Markas Angkatan Bersama ATM

Tender tersebut tersebut dibuka pada 9 Sept lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 20 Sept.  

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi 268 unit “Floating Bullet Proof Vest” untuk kegunaan Markas Angkatan Bersama (MK AB) semasa betugas pada OP Benteng.

Tender tersebut tersebut dibuka pada 9 Sept lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 20 Sept.

Tajuk tender terbabit adalah “Perolehan Menghantar Dan Mentauliah Floating Bullet Proof Vest (FBPV) Bagi Markas Angkatan Bersama (MK AB) Untuk “OP Benteng”.

Alamat penghantaran adalah di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2),Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2),Pangkalan Operasi Hadapan, Kem Kukusa di Tawau ,Sabah.

Memandangkan kawasan operasi ATB 2 kebanyakkannya di kawasan perairan/lautan, maka amat bersesuaian anggota tentera kita yang bertugas di Pantai Timur Sabah itu dilengkapi dengan Floating Bullet Proof Vest.

Gambar Hiasan

 

Bukan sahaja ia dapat menahan tubuh daripada tembakan senjata ringan, jaket kalis peluru itu juga mampu mengapung pemakainya jika mereka terjatuh di dalam air, sekaligus mengelak mereka daripada terdedah kepada bahaya lemas.

Floating Bullet Proof Vest itu bukan sahaja bagus untuk anggota yang bertugas di lautan, tetapi juga di sungai mahupun kawasan-kawasan berpaya.

Admin harap penggunaannya dapat diperluaskan supaya Angkatan Tentera Malaysia dapat mengelakkan berlakunya mana-mana anggota tentera kita berhadapan dengan bahaya lemas ketika menjalankan operasi mahupun latihan.

Seboleh-bolehnya elakkan insiden sebagaimana yang berlaku di Bera, Pahang pada 29 Ogos lepas daripada berulang, walaupun tugas sebagai anggota tentera itu sememangnya berhadapan dengan pelbagai risiko dan bahaya.

Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa. (kredit media sosial)

 

Pada 24 Ogos itu, Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa 27, daripada Kompeni Pandu Arah (PANDURA) daripada 10 Briged Para maut selepas lemas ketika melakukan latihan taktikal menyeberangi Sungai Pahang pada Eksesais Para Predator Siri 1/2021.

Jenazah Allahyarham ditemui kira-kira 40 km daripada lokasi kejadian pada 1 Sept.

Allahyarham yang berasal daripada Sungai petani meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Azrin.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Angkatan BersanaFloating Bullet ProofTender