Pesawat F-16 “Tiga Bintang Hijau” Amerika Dikerah Ke Timur Tengah

Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, pesawat F-16 yang "istimewa" dengan Tail Number 2137 dan tiga bintang bewarna Hijau itu telah turut dikerah ke rantau Timur Tengah yang menarik perhatian penganalisis pertahanan serantau.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk memastikan ia berkemampuan menangani peningkatan ancaman oleh Iran dan Russia di Timur Tengah, Amerika telah mengerahkan tambahan pesawat-pesawat pejuang dan kapal perangnya ke rantau bergolak itu.

Hampir sedozen pesawat pejuang generasi kelima F-35 dan pesawat pejuang lain milik Amerika Syarikat serta kapal penyerang amfibia bersama ribuan anggota Marin telah dikerah ke Timur Tengah untuk untuk berhadapan dengan Iran dan Syria.

Antara aset-aset yang turut dikerah oleh Washington ke rantau itu adalah sebuah pesawat pejuang F-16 yang dianggap amat “istimewa” oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, pesawat F-16 dengan Tail Number 2137 dan tiga bintang bewarna Hijau itu telah turut dikerah ke rantau Timur Tengah yang menarik perhatian penganalisis pertahanan serantau.

Bintang Hijau itu adalah kill mark yang diperakui oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pesawat pejuang F-16 dengan Tiga Bintang Hijau itu merupakan sebahagian daripada 555th Expeditionary Fighter Squadron yang telah dikerah ke CENTCOM daripada pangkalan udara Aviano di Itali.

Pesawat dengan Tail Number 2137 adalah istimewa berikutan pencapaian selepas terlibat dalam misi udara ketika konflik di Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1994.

Semasa misi NATO ketika konflik di Bosnia-Herzegovina itu, pesawat F-16 istimewa telah berjaya menembak jatuh tiga pesawat pejuang musuh hanya dalam satu misi.

Ia juga menandakan kejayaan sebuah pesawat pejuang Amerika Syarikat menembak jatuh tiga buah pesawat musuh dalam satu misi sejak Perang Korea.

Jurucakap Tentera Udara Amerika Syarikat AFCENT Kolonel Mike Andrews mengesahkan kepada majalah Air & Space Forces tentang kejayaan pesawat F-16 dengan Tail Number 2137 ketika beroperasi pada konflik di Bosnia-Herzegovina.

Insiden berlaku pada Februari 28, 1994 ketika Operation Deny Flight, satu misi oleh NATO bermatlamat untuk menguatkuasakan zon tidak boleh terbang (no-fly zone) ketika konflik tercetus di Balkan.

Misi berbahaya itu melibatkan Kapten. Robert Gordon “Wilbur” Wright yang menerbangkan pesawat pejuang F-16 sebagai sebahagian oleh 526th Fighter Squadron yang berpangkalan di Aviano.

Kejadian itu digelar “The Banja Luka Incident” yang tercetus apabila Serbia mengerahkan enam buah pesawat pejuang J-21 untuk menyerang sebuah kilang.

Dalam tindak balasnya, dua buah pesawat pejuang F-16 Amerika Syarikat daripada 526th Fighter Squadron yang berpangkalan di Aviano, telah dikerah untuk berhadapan dengan pesawat-pesawat pejuang Serbian itu.

Pesawat pejuang J-21 Serbia

 

Pesawat pejuang F-16 dengan Tail Number 2137 yang diterbangkan oleh Kapten Wright telah menembak jatuh tiga buah pesawat pejuang J-21 Serbia dalam pertempuran udara selama beberapa minit menggunakan sebutir peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (BVRAAM) “AMRAAM” dan dua butir peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9 Sidewinder untuk mencetak pencapaian bersejarah itu.

Sebuah lagi pesawat F-16 diterbangkan oleh Kapten Stephen L. “Yogi” Allen, turut menyumbang kepada kejayaan misi dengan menembak jatuh sebuah pesawat J-21 Serbia pada pertembungan itu.

“Insiden Banja Luka” itu mempunyai tempat yang unik dalam sejarah NATO sebagai tindakan ketenteraan pertama oleh perikatan ketenteraan itu sejak penubuhannya pada 1949. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AmerikaF-16featuredRussiaTimur Tengah