Dron Bawa Letupan Kenalpasti, Buru Sasaran Secara Autonomous Tanpa Kawalan Operator

Laporan itu mendakwa ini adalah kali pertama kejadian seumpama berlaku

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu laporan oleh jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa sebuah dron yang dipasang dengan bahan letupan (dron kamikaze) telah memburu mangsanya tanpa diberikan arahan terlebih dahulu oleh pengendalinya.

Laporan itu mendakwa ini adalah kali pertama kejadian seumpama berlaku.

Dalam insiden yang berlaku pada Mac tahun lepas itu, sebuah dron quadcopter “Kargu-2” secara autonomous telah memburu “sasaran” yang merupakan anggota tentera kepada panglima perang Libya, Jeneral Khalifa Haftar.

Dron quadcopter “Kargu-2” itu adalah buatan Turki, yang dibangunkan untuk tujuan peperangan tidak simetri dan operasi anti pengganas telah memburu anggota tentera Haftar ketika mangsa terbabit sedang berundur selepas satu pertempuran.

Menurut akhbar The New York Post, dron terbabit yang akan meletup selepas impak, dikatakan beroperasi dalam keadaan autonomous tanpa memerlukan pengendali iaitu manusia.

“Sistem autonomous yang amat berbahaya itu telah diprogram tanpa memerlukan data connectivity antara operator (dron) dengan dron itu sendiri, yang merupakan kemampuan ‘fire, forget and find,” menurut laporan oleh Panel Pakar Tentang Libya, Majlis Keselamatan PBB.

Menurut Zak Kellenborn, seorang perunding keselamatan, insiden terbabit merupakan kali pertama ia berlaku dimana dron itu mencari sasaran tanpa ada arahan daripada operatornya.

Sementara itu penganalisis peperangan darat di Royal United Services Institute (RUSI) Jack Waitling berkata, insiden di Libya itu menunjukkan betapa perlunya untuk berbincang tentang potensi undang-undang dan keperluan untuk mengawal senjata autonomous.

Human Right Watch telah menyeru kepada pengharaman senjata yang juga dikenali sebagai “killer robot” dan sedang berkempen untuk mengharamkan usaha-usaha membangunkan, mengeluar dan menggunakan senjata autonomous.

 

Dron quadcopter “Kargu-2” yang dikendalikan oleh seorang anggota tentera itu dibangunkan oleh firma Turki, STM.

Drone terbabit yang digunakan oleh pasukan tentera Turki sendiri itu berkeupayaan beroperasi pada siang dan malam serta membedil sasaran bergerak atau static.

Jarak effektif dron “Kargu-2” ini adalah sejauh 5km dan boleh terbang selama 30 minit, altitud 500 meter dan terbang selaju 72km sejam.

DEFENCE SECURITY ASIA

Defence Security AsiaDronForum DSAKargyu-2Turki