Disebabkan “Kekurangan Wang”, Pentagon Terpaksa Kurangkan Pembelian Pesawat Kombat Baru

Paling terkesan adalah usaha-usaha Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk membeli lebih banyak pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan F-15EX yang kini terpaksa dibatalkan, sekaligus mengkucar-kacirkan perancangan peningkatan kemampuan oleh kedua-dua cabang angkatan tentera negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan kekangan dalam Bajet Pertahanannya pada tahun depan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengurangkan cadangan pembelian beberapa jenis pesawat pejuang terutamanya F-35 dibangunkan oleh Lockheed Martin dan F-15EX oleh syarikat Boeing.

Kekangan di dalam Bajet Pertahanan bukan hanya berlaku pada negara-negara kecil seperti Malaysia tetapi ia turut berlaku kepada negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai bajet pertahanan sebanyak US$886 billion (RM3.9 Trillion) pada tahun ini dan US$895 billion (RM4 Trillion) pada tahun depan.

Tentera Udara Amerika Syarikat juga terpaksa mengurangkan pembelian pembelian pesawat latihan T-7A disebabkan “kekurangan duit.”

Menurut laporan media pertahanan negara itu, sebelum ini, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bercadang membeli sejumlah 107 buah pesawat pejuang dalam tahun kewangan 2025, tetapi disebabkan kekangan dalam Bajet Pertahanan negara kuasa besar itu, ia akan hanya berkemampuan untuk membeli sebanyak 86 buah pesawat pejuang.

Paling terkesan adalah usaha-usaha Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk membeli lebih banyak pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan F-15EX yang kini terpaksa dibatalkan, sekaligus mengkucar-kacirkan perancangan peningkatan kemampuan oleh kedua-dua cabang angkatan tentera negara itu.

F-15EX

 

Disebabkan had dalam Bajet Pertahanan, Tentera Udara Amerika Syarikat kini akan hanya memiliki 98 buah varian terkini F-15EX, berbanding 144 buah yang dipohonnya.

Pentagon terpaksa meminta Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat supaya mengurangkan usaha-usaha untuk memperkenalkan “kemampuan-kemampuan baru” dan juga usaha penggantian pesawat-pesawat lama yang sudah usang.

Sebagai contohnya, Tentera Udara Amerika Syarikat terpaksa membersarakan khidmat sejumlah pesawat pejuang dominasi udara terbaiknya, F-22 “Raptor” yang berusia daripada berbelanja untuk menaiktaraf dan memodenkannya yang menelan belanja besar.

Penjimatan daripada usaha pemodenan pesawat F-22 itu akan digunakan untuk membeli pesawat lain.

Disebabkan had perbelanjaan bertujuan mengekang hutang yang diperkenalkan menerusi Fiscal Responsibility Act telah memaksa kerajaan Amerika Syarikat menghadkan Bajet Pertahanannya, ia sekaligus memaksa beberapa program pertahanan angkatan tentera negara kuasa besar dunia itu dibatalkan atau ditangguhkan.

F-22 Raptor

 

Baru-baru ini, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) mengumumkan bahawa ia mahu menamatkan perkhidmatan 250 buah pesawat kombatnya pada tahun depan meliputi pesawat-pesawat pejuang utamanya termasuk F-22 “Raptor”, F-15 dan F-16.

Penamatan khidmat 250 buah pesawat kombatnya pada 2025 itu akan membawa bilangan keseluruhan pesawat di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat kepada kira-kira 4,900 buah pesawat berbanding lebih daripada 5,000 buah pesawat pada ketika ini.

Ia adalah kali pertama bilangan pesawat kombat Tentera Udara Amerika Syarikat akan dibawah 5,000 buah.

“Penamatan khidmat 250 buah pesawat kombat milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu akan meembawa penjimatan kira-kira US$2 bilion(RM9 bilion),”menurut pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat Mej Jen Mike A, Greiner.

Pesawat A-10C Thunderbolt II 

 

Antara pesawat-peswat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat yang akan dibersarakan pada tahun 2025 adalah 22 buah pesawat pejuang F-22 “Raptor”,65 buah F-15 C/D,  56 buah A-10 “Warthog”, 26 buah F-15E,  11 buah F-16 C/D dan 16 buah pesawat tangki KC-135.

Hasil daripada penjimatan itu akan digunakan ke arah usaha-usaha memodenkan lagi Tentera Udara Amerika Syarikat terutamanya membabitkan pesawat-pesawat kombat lain yang lebih canggih untuk digunakan olehnya.

Antaranya perolehan-perolehan baru yang dirancang oleh Tentera Udara Amerika Syarikat 42 buah pesawat pejuang F-35 dan juga 18 buah varian pesawat pejuang F-15EX. — DSA

BajetF-35featuredPentagonPesawat