Tiga Juruterbang PUTD Jalani Latihan Simulator Helikopter Blackhawk di Turkiye

Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak penyewaan empat buah helikopter Black Hawk dengan syarikat tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn Bhd pada LIMA 2023 di Langkawi Mei lalu bernilai RM187 juta.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —   Tiga juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) menjadi kumpulan pertama menjalani latihan simulator helikopter Sikorsky UH-60A Blackhawk di Havelsan Simulator Training Centre,Turkiye pada 16 Dis 2023 lalu.

Sebagaimana dinyatakan menerusi akaun FB Berita Tentera Darat baru-baru ini, latihan kajian bawah dan latihan penerbangan simulator helikopter Sikorsky UH-60A Blackhawk ni telah dilaksanakan sebagai persediaan kepada Juruterbang Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD bagi persiapan penerimaan pesawat baru.

Latihan ini telah dilaksanakan selama dua minggu melibatkan latihan kajian bawah helikopter dan latihan penerbangan simulator helikopter Sikorsky UH-60A Blackhawk dimana sebanyak dua buah Simulator S-70 disediakan bagi tujuan latihan simulator penerbangan.

Simulator S-70 ini memenuhi pengiktirafan Cerifiication Specification for Flight Simulator Training Device (CS-FSTD) Level-D Full Mission Simulators.

Simulator ini dilengkapi sistem motion dan vibration bagi tujuan latihan simulator yang realistik.

Sistem simulator ini juga mempunyai stesen kawalan dalaman, iaitu Instructor Operation Station (IOS) yang terletak di bahagian belakang kokpit bagi membolehkan Jurulatih Penerbangan mengawal selia aturan dan bentuk latihan yang dikehendaki.  

(PUTD/BTDM)

 

Sistem simulator di Havelsan Simulator Training Centre juga mampu melaksanakan latihan integrasi bersama beberapa buah pesawat dan dilengkapi Exercise Control Center bagi tujuan pemantauan dan pengurusan senario.

Kokpit simulator ini adalah dilengkap 4 buah Multi Function Display (MFD) yang mampu memaparkan Primary Flight Display (PFD), Navigation Display (ND) dan Engine Instrument Crew Alerting System (EICAS).

Simulator ini juga dilengkapi sistem Flight Director merangkumi Automatic Flight Control Computer (AFCC) dan Flight Director (FD).

Peserta telah diperuntukkan dengan 30 jam latihan simulator yang dilaksanakan selama tiga jam setiap hari dan pencapaiannya mencapai 100 peratus daripada jam yang diperuntukan.

Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak penyewaan empat buah helikopter Black Hawk pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang pada Mei lepas.

Helikopter Blackhawk

 

Kontrak penyewaan helikopter itu telah ditandatangani dengan syarikat tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn Bhd bernilai RM187 juta.

Penyewaan empat buah helikopter itu dikatakan untuk tempoh selama lima tahun.

Helikopter UH-60 Black Hawk itu bukanlah asing kepada rantau Asia Tenggara mahupun Malaysia kerana Angkatan Tentera Malaysia turut menggunakannya untuk pengangkutan orang-orang kenamaan.

Sementara itu di Thailand dan Filipina, helikopter Black Hawk memainkan peranan penting dalam operasi tentera darat negara itu.

Helikopter UH-60A Black Hawk berkemampuan untuk membawa 11 hingga 20 orang anggota tentera lengkap bersenjata serta seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang krew.

Model ‘A’ bagi helikopter Black Hawk itu berfungsi sebagai utiliti, serangan (air assault), medevac, command and control dan pemantauan.

(PUTD/BTDM)

 

Helikopter UH-60A Black Hawk dilengkapi dengan dua enjin General Electric T700-GE-701 turboshaft dan dengan tangki minyak boleh menampung 450 gelen membolehkan ia terbang sejauh 1,200 batu nautika.

Helikopter terbabit juga boleh dilengkapi dengan apa yang dipanggil sebagai “External Stores Support System” (ESSS) yang seakan-akan seperti “sayapnya.”

Dengan ESSS, helikopter UH-60A Black Hawk itu boleh membawa sehingga 16 buah peluru berpandu “Hellfire” dan membawa 16 buah peluru berpandu itu di dalam pesawat itu,sekaligus membolehkan ia ESSS itu diisi semula dengan Hellfire ketika ditengah-tengah misi.

Selain peluru berpandu dipasang di peralatan ESSS, helikopter itu juga boleh dilengkapkan dengan mesingan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

 

BlackhawkfeaturedLatihanPUTDTurkiye
Comments (2)
Add Comment