(VIDEO) Amerika Perkenal Pesawat Pengebom Terbarunya, B-21 “Raider”

Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang memiliki sehingga 100 buah pesawat pengebom B-21 itu, dengan program pembangunan pesawat pengebom itu yang menjangkau tempoh selama 30 tahun dijangka menelan belanja sebanyak US$203 bilion (RM812 bilion).   

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah mendedahkan kepada dunia pesawat pengebom generasi ke-6, dipanggil B-21 “Raider”, dengan rekabentuk pesawat halimunan itu menyerupai seperti seekor kelawar.

Pegawai-senjata yang tentera udara negara itu percaya pesawat pengebom halimunan itu cukup berbahaya sehingga menyebabkan China mahupun Russia berfikir dua kali sebelum bercita-cita mahu berperang dengannya.

Mereka berkata pesawat pengebom B-21 itu adalah deterren kepada ancaman daripada musuh-musuh Amerika Syarikat.

Dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman, pesawat B-21 merupakan pesawat pengebom pertama didedahkan oleh Amerika Syarikat dalam tempoh 30 tahun sejak ia memperkenalkan pesawat pengebom B-2 Spirit pada 1988.

Apabila bilangan pesawat pengebom B-21 “Raider” semakin bertambah, ia dicadang untuk menggantikan pesawat pengebom yang dimiliki oleh Amerika Syarikat pada ketika ini iaitu B-1 Lancer dan B-2 Spirit.

Pesawat pengebom B-1 Lancer dan B-2 Spirit itu bakal bersara pada tahun 2030, meninggalkan Tentera Udara Amerika Syarikat dengan pesawat pengebom era Perang Dingin B-52 “Stratofortress” dan B-21 dalam armadanya.

Pesawat B-21 berkemampuan membawa pelbagai senjata konvensional dan nuklear.

Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang memiliki sehingga 100 buah pesawat pengebom B-21 itu, dengan program pembangunan pesawat pengebom itu yang menjangkau tempoh selama 30 tahun dijangka menelan belanja sebanyak US$203 bilion (RM812 bilion).   

Kos-kos itu melibatkan US$25.1 bilion (RM100.4 bilion) untuk program pembangunannya, US$64 bilion (RM256 bilion) untuk fasa production dan US$114 bilion (RM456 bilion) untuk mengoperasikan kesemua 100 buah pengebom jarak jauh dan strategik B-21 Raider itu di dalam tempoh 30 tahun life-cycle aset terbaru Amerika Syarikat itu.

Pesawat pengebom itu mula dibangunkan pada tahun 2014-2015 dalam tahap kerahsiaan yang amat tinggi bagi mengelak musuh (terutamanya China) mengetahui tentang rekabentuk serta keupayaannya.

Mengenai kemampuan pesawat pengebom terbaru Amerika Syarikat, Setiausaha Pertahanannya Lloyd Austin berkata, oleh kerana B-21 itu adalah pesawat halimunan maka  ia mampu untuk memasuki ruang udara mana-mana negara tanpa dikesan untuk melaksanakan misi pengebomannya.

“Disebabkan kemampuan halimunannya, mana-mana sistem pertahanan udara yang canggih akan berhadapan kesukaran untuk mengesan kedudukan pesawat pengebom itu ketika ia berada di udara,” kata beliau.

Pesawat itu juga berkemampuan dikerah ke mana-mana lokasi di dunia tanpa memerlukan bantuan lojistik semasa kerahan, selain dilengkapi dengan “open architecture” yang membolehkan ia disesuaikan dengan pelbagai teknologi ketika ini atau masa depan.

Pada ketika ini,  syarikat Northrop Grumman telah membangunkan sebanyak enam buah pesawat B-21 bagi membolehkan ia menjalani pelbagai ujian di darat (ground test), dengan penerbangan pertama pesawat pengebom dijangkakan berlaku pada tahun depan.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat pengebom B-21 Raider itu akan beroperasi daripada Pangkalan Udara Ellsworth, South Dakota, Pangkalan Udara Dyess di Texas dan Pangkalan Udara Whiteman di Missouri.

Bagaimanapun kemungkinan besar, pesawat pengebom terbaru Amerika Syarikat itu akan ditempatkan di pangkalan-pangkalan tenteranya di seluruh dunia termasuk di Diego Garcia di Lautan Hindi dan Guam di Pasifik.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

B-21 RaiderfeaturedNorthrop GrummanPengebom