Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Aktifkan Rejimen Pertama Operasi Pesawat Su-57 “Felon”

Pada ketika ini, Rejimen ke-23 memiliki dua skuadron pesawat pejuang Su-35 dan Su-30SM dan terlibat dalam operasi ketenteraan khas di Ukraine. Rejimen itu juga disifatkan sebagai unit elit bagi tentera udara negara,

0 3,696

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rejimen ke-23 Pesawat Pejuang Tentera Udara Russia menjadi unit pertama di dalam tentera udara negara itu untuk mengoperasikan secara aktif pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 “Felon.”

Rejimen ke-23 Tentera Udara Russia itu berpengkalan di Dzyomgi berhampiran Komsomolsk-on-Amur di bahagian timur jauh Russia, tetapi sehingga kini tidak diketahui berapa banyak pesawat Su-57 yang akan dioperasikannya.

Pada ketika ini, Rejimen ke-23 memiliki dua skuadron pesawat pejuang Su-35 dan Su-30SM dan terlibat dalam operasi ketenteraan khas di Ukraine.

Terdapat juga laporan media mendakwa bahawa beberapa buah pesawat Su-57 telah terlibat dalam siri-siri serangan di Ukraine tetapi ia tidak disahkan oleh Tentera Udara Russia.

Menurut pemerhati pertahanan di Eropah, laporan tentang kehadiran pesawat Su-57 di Ukraine dalam jumlah yang kecil berkemungkinan lebih untuk menguji beberapa sistem dan persenjataan yang dibangunkan untuk pesawat pejuang.

Su-57

Rejimen ke-23 itu kini menjadi unit aktif Tentera Udara Russia yang akan menggunakan pesawat pejuang termoden negara itu.

Rejimen Tentera Udara Russia itu disifatkan sebagai unit elit bagi tentera udara negara itu dan telah mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang termoden negara itu sejak berdekad lamanya.

Menurut timbalan komander rejimen berkenaan,Lt. Col. Ilya Sizov yang bercakap kepada media tempatan, juruterbang pesawat pejuang di unitnya sedang menerima latihan teori berkenaan pengoperasian pesawat pejuang termaju Russia itu.

Pengoperasian pesawat Su-57 oleh rejimen Tentera Udara Russia itu berlaku tidak lama selepas Ketua Pengarah ROSTEC Sergey Chemezov dalam satu temuramah dengan agensi berita TASS berkata bahawa Russia akan meningkatkan kapasiti untuk mengeluarkan pesawat pejuang generasi kelima itu.

Su-57

Selain menghasilkan pesawat pejuang Su-57 itu untuk Tentera Udara Russia, syarikat ROSTEC juga cuba menarik minat negara-negara luar untuk menjadi pembeli kepada pesawat generasi kelima keluarannya itu.

Terbaru, syarikat Russia itu turut menghantar pesawat Su-57 ke China untuk terlibat dalam pameran udara Zhuhai 2022.

Bagaimanapun, laporan media pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Tentera Udara Russia masih belum memiliki pesawat pejuang generasi kelima itu dalam jumlah yang mencukupi.

Pada ketika ini, Russia dikatakan hanya memesan sebanyak 76 pesawat pejuang Su-57 dengan hanya empat buah telah pun diberikan kepada tentera udara negara itu untuk tujuan dijalankan ujian-ujian penerbangan dan sistem.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kesemua 76 pesawat pejuang itu kini beroperasi di 929th State Flight Test Center yang berpengkalan di Akhtubinsk.

Dengan pegangan Tentera Udara Russia terhadap pesawat Su-57 masih sedikit iaitu 76 buah dan ujian penerbangan dan sistem masih lagi sedang dijalankan, maka adalah lojik bahawa Moscow hanya baru mengaktifkan unitnya yang pertama untuk mengoperasikan pesawat Su-57. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...