Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Agensi Sweden Beri Kelulusan Penjualan Pesawat Gripen Kepada Filipina

Tahun lepas, akhbar Sweden “Aftonbladet” menyatakan bahawa Jawatankuasa Kawalan Eksport (Export Control Council) negara itu memutuskan untuk tidak memberikan lesen eksport kepada Saab Group yang akan membolehkan syarikat itu mengeksport pesawat pejuang JAS Gripen 39C/D kepada Filipina.

2,251

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina dikatakan berminat untuk memperolehi pesawat JAS Gripen buatan Sweden tetapi negara Eropah itu enggan menjual pesawat pejuang itu kerana bimbang dengan rekod hak asasi manusia yang buruk ketika negara Asia Tenggara itu diperintah oleh Presiden Rodrigo Duterte.

Kini setelah Rodrigo Duterte bukan lagi presiden Filipina, agensi kerajaan Sweden yang mengawal-selia eksport senjata negara itu dikenali sebagai Jawatankuasa Kawalan Eksport, Pihak Berkuasa Eksport Senjata Sweden telah memberikan kelulusan penjualan pesawat Gripen kepada Filipina.

Bagaimanapun jawatankuasa itu enggan mengesahkan kelulusan itu dengan alasan rahsia komersial apabila ditanya oleh media tempatan Sweden.

Sebelum ini jawatankuasa itu enggan memberikan kelulusan penjualan senjata kepada Filipina disebabkan isu hak asasi manusia itu.

Kelulusan oleh jawatankuasa itu menandakan kali pertama penjualan senjata kepada Filipina.

Gripen

Pada ketika ini, tidak diketahui berapakah jumlah pesawat pejuang yang dibangunkan oleh syarikat Saab Group itu akan dijual kepada Filipina kerana rundingan masih perlu dilakukan di antara pihak Saab dengan kerajaan Filipina.

Bagaimanapun ia dipercayai melibatkan pesawat JAS Gripen C/D.

Selain pesawat JAS Gripen, kerajaan Filipina turut menerima tawaran daripada Amerika Syarikat yang menawarkan varian F-16 Block 50/52 kepada negara Asia Tenggara itu bagi memenuhi keperluan program Multi Role Fighter (MRF).

Washington turut menawarkan varian F-16C/D Block 70/72 tetapi Filipina mendakwa pesawat itu adalah terlalu mahal dan ia tidak berkemampuan untuk memilikinya.

 Kenyataan tentang ketidakmampuan Filipina itu timbul tidak lama selepas Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia telah meluluskan cadangan penjualan 10 buah F-16C Block 70/72 dan dua buah F-16D Block 70/72 kepada Manila serta sistem persenjataan dan radar dianggarkan bernilai US$2.43 bilion (RM9. 72 bilion). 

Gripen E

Tahun lepas, akhbar Sweden “Aftonbladet” menyatakan bahawa Jawatankuasa Kawalan Eksport (Export Control Council) negara itu memutuskan untuk tidak memberikan lesen eksport kepada Saab Group yang akan membolehkan syarikat itu mengeksport pesawat pejuang JAS Gripen 39C/D kepada Filipina.

Keengganan jawatankuasa itu meluluskan lesen eksport kepada syarikat Saab Group untuk menjual pesawat Gripen kepada Filipina adalah kerana rekod buruk Presiden Rodrigo Duterte terutamanya melibatkan operasi anti-dadah oleh pihak berkuasa negara itu yang telah mengakibatkan ribuan penduduk negara itu terkorban.

Menurut pihak-pihak bukan kerajaan di Filipina, bilangan korban akibat operasi anti-dadah yang dilancarkan oleh Duterte ketika beliau mula-mula menjadi presiden negara itu adalah di antara 5,000 hingga 20,000 termasuk kanak-kanak dan wanita.

Operasi-operasi anti dadah oleh Presiden Duterte itu menerima kecaman hebat daripada masyarkat dunia yang mendakwa ia amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, pihak berkuasa Sweden juga melahirkan kebimbangan sekiranya pesawat-pesawat Gripen yang dijualnya kepada Filipina itu akan digunakan untuk menangani masalah keselamatan di selatan Filipina.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada ketika ini, hanya Tentera Udara Thailand menggunakan pesawat pejuang Gripen di rantau Asia Tenggara.

Disebabkan harganya yang lebih kompetitif, pesawat pejuang keluaran syarikat Saab Group itu dijangka menjadi pilihan utama kepada kerajaan Filipina bagi membolehkan tentera udara negara itu memperolehi pesawat pejuang MRCA yang pertama.

Pada ketika ini, Tentera Udara Filipina memiliki 12 buah pesawat pejuang ringan FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) dan Super Tucanos untuk tujuan operasi COIN (Counter Insurgency).

Filipina amat memerlukan pesawat pejuang MRCA untuk menangani pencerobohan oleh China di kawasan Laut China Selatan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments are closed.