Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] HMS Queen Elizabeth, Carrier Strike Group 21 Kini Di Guam

Menurut Komander CSG21 Commodore Steve Moorhouse dalam ciapan Twitter-nya, beliau berkata, persinggahan HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal CSG di Guam adalah satu lagi detik bersejarah bagi mereka.

0 1,069

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat British seberat 64,000 tan, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) kini berada di Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Guam, Lautan Pasifik.

Menurut Komander CSG21 Commodore Steve Moorhouse dalam ciapan Twitter-nya, beliau berkata, persinggahan HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal CSG di Guam adalah satu lagi detik bersejarah bagi mereka. Mereka telah singgah di 20 buah negara sejak meninggalkan United Kingdom pada akhir Mei lepas.

Menurutnya, ketibaan mereka di Apra Harbor di Guam merupakan satu peluang bagi mereka untuk reset sebelum menempuh satu lagi fasa pelayaran dan latihan iaitu di Pasifik Barat.

HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal daripada CSG21 termasuk kapal selam berkuasa nuklear daripada kelas-Astute dijangka melakukan latihan besar-besaran di Lautan Pasifik Barat bersama kapal-kapal tentera laut Amerika Syarikat dan sekutunya.

Selain Amerika Syarikat, kapal-kapal tentera laut negara-negara Australia, Jepun, dan India juga dijangka terlibat sama dalam latihan itu.

Tentera Laut India menghantar empat buah kapal perangnya ke Asia Tenggara, Laut China Selatan dan Pasifik Barat sebagai sebahagian daripada Dasar “Act East” serta untuk meningkatkan kerjasama pertahanan antara New Delhi dengan negara-negara serantau.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan India, empat buah kapal terbabit adalah destroyer “INS Ranvijay”, friget “INS Shivalik”, korvet anti-peperangan kapal selam ”INS Kadmatt” dan korvet peluru berpandu “ INS Kora.”

Keempat-empat kapal perang India itu daripada Armada Timurnya akan berada di Asia Tenggara dan perairan  itu selama dua bulan bermula daripada Ogos ini.

HMS Queen Elizabeth

Selain itu dalam latihan di Pasifik Barat itu, terdapat kemungkinan kapal HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal CSG21 itu mengadakan latihan dengan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Carl Vinson yang kini berada di Lautan Pasifik bersama-sama kapal pengiringnya.

Seperti biasa, kesemua latihan ini merupakan signal kepada China supaya jangan sekali-kali bertindak di luar batasan di Laut China Selatan dan mengekalkan perairan di Indo-Pasifik itu bebas serta boleh dilayari tanpa sebarang sekatan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...