ATM “Gempur” Lapang Sasar Asahan Hari Ini

Seramai 2,660 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama 106 buah kenderaan dan persenjataan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk kereta kebal PT-91M, kenderaan berperisai AV8 Gempita, Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) beraksi dalam Latihan Kuasa Tembakan 2023 di Lapang Sasar Asahan di Gemas hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah telah mencemar duli menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2023 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.  

Menurut kenyataan media sosial  Kementerian Pertahanan, bermula 8 Julai lalu, LKT kali ini mempamerkan keupayaan kuasa tembakan aset-aset dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti senjata bantuan Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Ia turut melibatkan aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Seramai 2,660 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama 106 buah aset kenderaan dan persenjataan melibatkan Kenderaan Perisai PT-91M, AV8 Gempita, Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) telah digunakan.

 Aset persenjataan yang digunakan juga merangkumi persenjataan kecil sehingga ke senjata berkaliber besar manakala helikopter MD530G, Agusta, Super Lynx dan AS555 Fennec juga turut serta memberikan tembakan bantuan dari udara. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke tapak OP 3 dengan menaiki helikopter MD530G.

Helikopter MD530G merupakan sebuah helikopter penyerang ringan milik Tentera Darat Malaysia yang dikendalikan oleh pasukan Rejimen 883 PUTD. 

Terdahulu,Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagaimana dipetik oleh Bernama dalam ucapannya berkata latihan tahun ini bermatlamat untuk membangunkan tentera Malaysia menjadi sebuah angkatan yang mempunyai kesediaan optimum, memastikan kemantapan organisasi dan keupayaan untuk memanfaatkan rangkaian penuh keupayaan serta kuasa tempur untuk mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan negara.

“Usaha ini selaras dengan keperluan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan, yang menekankan pembangunan progresif keupayaan pertahanan kita sebagai tindak balas kepada tuntutan keselamatan kontemporari.

“Tambahan pula, ia melengkapkan pelan strategik Kementerian Pertahanan, khususnya teras pertama, yang menggariskan kepentingan untuk dipersiapkan dan mampu mempertahankan negara dalam semua keadaan,” kata Panglima Tentera Darat itu.

Dalam hal itu, Mohammad berkata latihan berkenaan telah disusun untuk meningkatkan kemahiran berperang dengan cekap dan berkesan selain menggambarkan senario taktikal yang melibatkan pengunaan gabungan bahagian senjata dalam operasi serangan sebagai sebahagian daripada persediaan bersama pasukan petugas. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ATMfeaturedLatihan Kuasa TembakanYang di-Pertuan Agong
Comments (0)
Add Comment