Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Agong Saksi Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah     berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE, hari ini.

0 1,579

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah     berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE, hari ini.

Turut hadir, Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Baginda diiringi oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Agong
(kredit Istana Negara)

 

Hadir sama di majlis itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dan barisan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera UAE.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda, yang juga ketua pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, ke majlis itu adalah atas persilaan Yang Mulia Sheikh Mohammed yang juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera UAE.

Kedua-dua pemimpin adalah rakan kolej di institusi latihan ketenteraan terkemuka dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, pada tahun 1978 dan 1979 dan persahabatan akrab mereka kekal hingga sekarang.

Agong
(kredit Istana Negara)

 

Program latihan ketenteraan tersebut telah bermula pada 8 Februari 2023 atas tajaan Kerajaan UAE.

Ianya melibatkan seramai 14 pegawai dan 116 anggota daripada Batalion Ke-9 RAMD (PARA) dan lima pegawai dan 120 anggota daripada Batalion Ke-61 UAE Land Forces.

Seri Paduka Baginda kini berada di UAE bagi lawatan khas selama tujuh hari hingga 1 Mac 2023.

Turut mengiring ke lawatan khas ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. – – DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...