Jerman Hantar Kapal Friget “FGS Hamburg” Ke Laut China Selatan Ogos Ini

China mendakwa sebahagian besar daripada Laut China Selatan itu adalah miliknya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jerman akan menghantar sebuah kapal friget tentera lautnya, “FGS Hamburg” ke Laut China Selatan pada pertengahan tahun ini, mengikuti jejak langkah beberapa buah negara Eropah lain yang turut menghantar kapal perang mereka ke perairan dipertikai itu.

Dan seperti biasa, tindakan Jerman itu tidak disenangi oleh China yang mendakwa sebahagian besar daripada perairan itu adalah miliknya, di atas faktor sejarah.

Kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth

 

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata beliau berharap kehadiran kapal perang Jerman itu tidak bermaksud negara Eropah itu mencabar tuntutan Beijng terhadap sebahagian besar daripada Laut China Selatan itu.

Kementerian Pertahanan Jerman dalam satu ciapan dalam akaun Twitter-nya berkata,  ia bercadang menghantar sebuah kapal perangnya ke Laut China Selatan buat pertama kali sejak 2002. Kapal perang itu akan belayar ke perairan terbabit pada Ogos ini dalam menyokong usaha untuk memastikan perairan itu kekal bebas, dilindungi undang-undang dan multilateralism.

Kapal selam nuklear dan kapal friget Perancis mengadakan latihan dengan tentera laut Indonesia di Selat Sunda baru-baru ini.

 

Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan ia menyambut baik tindakan kerajaan Jerman menghantar kapal perangnya ke Laut China Selatan.

Masyarakat antarabangsa menurutnya mempunyai peranan penting untuk memastikan pengekalan peraturan maritim antarabangsa.

Pengumuman oleh Kementerian Pertahanan Jerman itu muncul kira-kira dua bulan selepas kerajaan di Berlin itu mengambil pendekatan baru untuk rantau Indo-Pasifik, yang memungkinkannya “ memperluaskan komitmen keselamatan mereka di rantau itu.”

Jerman bakal menjadi negara anggota NATO yang keempat yang menghantar kapal perangnya ke Laut China Selatan selepas Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Jerman.

Baru-baru ini, dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt berada di Laut China Selatan manakala beberapa buah kapal destroyer kelas “Arleigh Burke” mengadakan operasi FONOP di Selat Taiwan dan di Spratly serta Paracel.

United Kingdom juga bercadang menghantar kapal pengangkut pesawatnya, HMAS Queen Elizabeth ke Laut China Selatan akhir tahun ini manakala sebuah kapal friget serta kapal selam berkuasa nuklear Perancis mengadakan latihan bersama-sama kapal-kapal perang Indonesia di Selat Sunda baru-baru ini.

Perancis juga akan menghantar kapal amphibious assaut ship, “Tonnere” dan kapal friget, “Surcouf” ke perairan Pasifik termasuk Laut China Selatan pertengahan tahun ini.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

BerlinFGS HamburgJermanLaut China Selatan