Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bashar al-Assad Dan Isteri Sah Dijangkiti COVID-19

Syria telah pun memperolehi vaksin COVID-19 daripada "negara sahabat".

0 1,115

DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Syria Bashar al-Assad dan isterinya, Asma telah disahkan dijangkiti COVID-19 selepas kedua-dua mereka mengalami simpton sederhana berkaitan penyakit itu, menurut jurucakap beliau.

“Selepas mengalami simptom penyakit itu, kedua-dua mereka telah menjalani ujian PCR dan hasil ujian menunjukkan mereka dijangkit dengan penyakit itu,” kata jurucakap presiden di dalam satu kenyataan hari ini.

Bashar
Kenyataan daripada kerajaan Syria.

 

Assad berusia 55 tahun manakala isterinya 10 tahun lebih muda.

Kenyataan itu juga berkata kedua-dua mereka berada di dalam keadaan yang sihat dan stabil serta akan menjalani tempoh kuarantin selama tiga minggu. Menurut kerajaan Syria, negara itu telah mencatat sebanyak 15, 981 kes jangkitan COVID-19 dan 1,063 kematian di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera kerajaan. Jangkitan COVID-19 turut dicatakan di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh militan Kurdish dan kumpulan-kumpulan bersenjata yang lain.

Bashar

 

Pengumuman bahawa Assad dan isterinya telah dijangkiti oleh COVID-19 berlaku hanya satu minggu selepas Syria memulakan proses vaksinasi rakyatnya menggunakan vaksin yang diperolehi daripada “negara sahabat” (siapa lagi kalua bukan Russia atau China).

Penduduk Syria berjumlah 20 juta dan WHO, UNICEF serta Gavi Vaccine Alliance telah beri komitment untuk memperolehi vaksin bagi sekurang-kurangnya tiga peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu.

Konflik selama 10 tahun di Syria sejak 2011 telah mengorbankan kira-kira 387,000 orang dan memusnahkan sistem kesihatan negara itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...