Amerika Tanggung Kos Operasi Pesawat F-35 Sebanyak US$1.5 Trillion (RM7 Trillion) Sehingga 2088
Kos untuk menanggung operasi keseluruhan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat sehingga tahun 2088 dimana akan "dibersarakan" -- dijangka akan melebihi US$1.5 trillion (RM7 Trillion).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kos untuk menanggung operasi keseluruhan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat sehingga tahun 2088 dimana akan “dibersarakan” — dijangka akan melebihi US$1.5 trillion (RM7 Trillion).
Menurut agensi pemantau kerajaan Amerika Syarikat dipanggil Government Accountability Office (GAO) yang mengeluarkan laporan kos tanggungan operasi (sustainment) pesawat F-35 itu berkata, kos tanggungan operasi pesawat pejuang F-35 negara itu telah meningkat 44 peratus sejak 2018.
Cabang-cabang Amerika Syarikat mula menggunakan pesawat pejuang F-35 yang datang dalam tiga varian iaitu “A” (konvensional), “B” (VSTOL) dan “C” (operasi kapal pengangkut pesawat) pada tahun 2015.
GAO berkata, peningkatan kos operasi itu disebabkan keputusan pihak tentera Amerika Syarikat untuk memanjangkan tarikh penamatan perkhidmatan pesawat-pesawat itu darpada 2077 hingga 2088.
Sementara itu pejabat pemantau itu juga mengakui bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat merancang untuk mengurangkan lagi jumlah penerbangan pesawat-pesawat F-35 miliknya, berlainan daripada apa yang dirancang sebelum ini.
“Pihak GAO juga mendapati bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mahu mengurangkan jumlah penerbangan F-35 daripada perancangan awal, sebahagian besar adalah disebabkan isu-isu berkenaan ‘reliability’ pesawat pejuang itu sendiri.
Comments are closed.