Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Mahu Iraq Tutup Ruang Udaranya Pada Pesawat Kargo Iran Menuju ke Syria, Lubnan

Washington mungkin menjangkakan bahawa kumpulan bersenjata Hezbollah itu akan “terputus” bekalan senjata jika ia berjaya menghalang penghantaran senjata kepada kumpulan bersenjata di selatan Lubnan menerusi jalan udara daripada Iran, yang merupakan pendokong utamanya.

0 11,650

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dilaporkan telah meminta kerajaan Iraq supaya menutup ruang udaranya kepada sebarang penerbangan pesawat-pesawat daripada Iran menuju ke Syria dan Lubnan.

Ini kerana Washington bimbang penerbangan pesawat-pesawat kargo daripada Iran itu dipercayai membawa bekalan senjata-senjata canggih kepada kumpulan bersenjata Hezbollah di selatan Lubnan.

Kerajaan Iraq bagaimanapun sehingga kini tidak memberikan jawapan terhadap permintaan Amerika Syarikat itu.

Permintaan Amerika Syarikat terhadap kerajaan Iraq itu dibuat ketegangan di antara Israel dan kumpulan bersenjata Hezbollah semakin memuncak, membawa kepada kemungkinan peperangan di antara kedua-dua pihak tercetus pada bila-bila masa.

Amerika Syarikat berkemungkinan mahu membantu Israel menghentikan bekalan-bekalan senjata Iran daripada sampai ke tangan Hezbollah sekiranya peperangan di antara kedua-dua “musuh tradisi” itu tercetus pada bila-bila masa.

Hezbollah
Sistem roket Zelzal

 

Washington mungkin menjangkakan bahawa kumpulan bersenjata Hezbollah itu akan “terputus” bekalan senjata jika ia berjaya menghalang penghantaran senjata kepada kumpulan bersenjata di selatan Lubnan menerusi jalan udara daripada Iran, yang merupakan pendokong utamanya.

Hezbollah yang didokong oleh Iran memperolehi kebanyakkan daripada senjata-senjatanya daripada kerajaan di Teheran, yang membekalkannya dengan pelbagai jenis senjata canggih daripada peluru-peluru berpandu dan ratusan ribu roket pelbagai kaliber.

Menurut penganalisis serantau, selain didakwa menggunakan laluan udara untuk menghantar bekalan senjata daripada Iran ke Lubnan, Iran dijuga didakwa menggunaan jalan-jalan darat terutamanya daripada Syria ke Lubnan untuk menghantar senjata ke Hezbollah.

Mereka mendakwa Iran telah membantu membangunkan keupayaan ketenteraan Hezbollah sejak daripada berakhirnya peperangan di antara Hezbollah dan Israel pada 2006.

Terletak di kawasan berkonflik,  Iraq mendakwa ruang udaranya kerapkali oleh dicerobohi oleh pelbagai pihak daripada Amerika Syarikat yang menempatkan  beberapa pangkalan tentera dan sekutu utamanya, Israel serta jirannya, Iran.

Israel kerapkali menghantar pesawat-pesawat pejuangnya untuk membedil kedudukan dan pangkalan kumpulan-kumpulan bersenjata pro-Iran di Iraq.

Korea Selatan
“KM-SAM II”

 

Berkemungkinan “bosan” dengan tindakan Amerika Syarikat dan negara-negara serantau tidak menghormati kedaulatan ruang udara, maka kerajaan Iraq telah bertindak untuk memperkuatkan sistem pertahanan udaranya.

Baru-baru ini, kerajaan Iraq dilaporkan mahu memperolehi sehingga lapan buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II itu daripada Korea Selatan bernilai US$2.5 billion (RM11.7 bilion).

Perolehan sistem pertahanan udara yang juga dipanggil “Korean Patriot” itu adalah untuk mempertahankan ruang udaranya daripada sebarang ancaman pencerobohan asing pada ketika ketegangan di rantau itu semakin memuncak akibat konflik Israel-Palestin.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II (Cheongung II) buatan Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dan dibina oleh syarikat LIG Nex1.

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem pertahanan udara jarak sederhana yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Korea Selatan
“KM-SAM II”

 

Ia adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh firma pertahanan LIG Nex1 dan Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Sistem KM-SAM II yang dibangunkan oleh Korea Selatan dan akan diperolehi oleh kerajaan Iraq untuk mempertahankan ruang udaranya adalah berinspirasikan daripada  sistem pertahanan udara yang telah dibangunkan oleh firma pertahanan terkenal Russia, Almaz-Antey seperti S-300 dan S-400.

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km. — DSA

 

 

Comments
Loading...