Amerika Lulus Penjualan Roket Berpanduan Laser Canggih, APKWS Kepada Arab Saudi
Menurut Defense Security Cooperation Agency (DSCA), sebuah agensi dibawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, kerajaan Arab Saudi telah memohon untuk membeli kira-kira 2,000 sistem roket berpanduan laser APKWS itu untuk kegunaan angkatan tenteranya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan roket berpanduan laser canggih dipanggil Advanced Precision Kill Weapon System (APKWS) kepada sekutu utamanya di Timur Tengah, Arab Saudi, yang berkemungkinan akan digunakan bagi menangani dron-dron sehala dilancar oleh kumpulan bersenjata Houthi.
Menurut Defense Security Cooperation Agency (DSCA), sebuah agensi dibawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, kerajaan Arab Saudi telah memohon untuk membeli kira-kira 2,000 sistem roket berpanduan laser APKWS itu untuk kegunaan angkatan tenteranya.
Hubungan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat dijangka bertambah kukuh di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, dengan kedua-dua negara berkongsi kebimbangan terhadap Iran dan sekutunya, termasuk kumpulan Houthi.
“Jualan (roket berpanduan laser APKWS) yang dicadangkan itu akan meningkatkan keupayaan Arab Saudi untuk menangani ancaman semasa dan akan datang, selain membolehkannya menyerang sasaran dengan lebih tepat serta mengurangkan risiko kerosakan sampingan berbanding sistem peluru berpandu berpandu lain,” menurut yang dikeluarkan oleh DSCA.
Kerajaan Arab Saudi dijangka membelanjakan US$100 juta (RM440 juta) untuk memperolehi sistem roket berpanduan laser APKWS yang dibangunkan oleh syarikat BAE Systems.
Penjualan itu turut pakej merangkumi alat ganti, peralatan sokongan, perisian peluru berpandu, serta latihan, sokongan teknikal dan logistik yang menyeluruh.
Syarikat pertahanan iti menggambarkan APKWS sebagai roket berpanduan laser yang ringan, berkos rendah dan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mengenai sasaran sama ada yang bergerak atau statik di darat mahupun di laut, serta direka khas bagi mengurangkan kerosakan sampingan.

Sistem roket berpanduan laser APKWS yang diluluskan untuk dijual kepada Arab Saudi merupakan roket berpanduan laser yang mampu membedil sasaran di udara dan di permukaan.
Dengan harga sekitar US$22,000 seunit (RM97,000), ia dianggap sebagai pilihan yang jauh lebih menjimatkan untuk menembak jatuh dron bersenjata seperti yang digunakan oleh kumpulan Houthi, berbanding jika digunakan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara yang harga mencecahkan ratusan ribu Dollar Amerika seunit.
Sistem roket berpanduan laser APKWS ini menggunakan pemacu roket Mk66 Mod 4 dan dilengkapi dengan kepala peledak berkuasa tinggi seberat 10 pound (4.5 kilogram).
Selain ketepatan yang luar biasa, APKWS juga mampu mencapai kelajuan sehingga 1,000 meter (3,280 kaki) sesaat.
Senjata ini telah terbukti berkesan dalam memusnahkan dron serangan sehala milik kumpulan Houthi, membuktikan kebolehannya dalam situasi pertempuran sebenar.
Walaupun Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai antara pembeli senjata buatan Amerika Syarikat paling besar di Timur Tengah dan dunia, namun ini merupakan kali pertama sistem roket berpanduan laser dan berketepatan tinggi yang canggih itu dijual kepada negara itu, menurut laporan Reuters.
Penjualan sistem roket berpanduan laser kepada Arab Saudi itu menyusuli selepas pertemuan di antara Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman Al Saud pada Februari lalu.

