Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Gempar Kehadiran Belon Pengintip China Di Ruang Udara Negara Itu

Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu yang terbang pada ketinggian 66,000 kaki dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu. Pegawai-pegawai pertahanan Amerika Syarikat yakin bahawa tujuan utama kehadiran belon itu di ruang udara negara itu adalah untuk mengintip.

0 1,248

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mengesan kehadiran belon pengintip  disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana yang menempatkan ratusan peluru berpandu ballistik negara itu, menurut Jabatan Pertahanan negara itu yang lebih dikenali sebagai Pentagon.

Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu yang terbang pada ketinggian 66,000 kaki dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Pegawai=pegawai pertahanan Amerika Syarikat yakin bahawa tujuan utama kehadiran belon itu di ruang udara negara itu adalah untuk mengintip.

F-22 Raptor
F-22 Raptor

 

Pentagon sebelum ini mempertimbangkan untuk menembak jatuh belon itu tetapi kemudiannya memutuskan tidak berbuat demikian kerana bimbang serpihannya akan membahayakan orang awam.

Terdahulu laporan media mengatakan Washington telah mengerahkan beberapa pesawat pejuang F-22 “Raptor” untuk menembak jatuh belon pengintip itu, tetapi membatalkan tindakan itu pada saat-saat akhir.

Presiden Jo Biden juga telah diberikan taklimat mengenai kehadiran belon itu dan mahu menembaknya jatuh tetapi dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh pegawai-pegawai kanan tentera kerana bimbang akan kesannya terhadap orang ramai.

Pihak North American Aerospace Defense Command (NORAD) yang bertanggungjawab menjaga keselamatan ruang udara Amerika Utara juga menyatakan bahawa ia sedang aktif menjejaki belon pengintip itu.

Belon pengintip itu dipercaya memasuki ruang udara Amerika Syarikat “beberapa hari lepas.”

Menurut Wall Street Journal, belon itu terbang di atas negeri Montana, lokasi dimana terletaknya 150 peluru berpandu balistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile) disimpan di pangkalan tentera udara negara itu.

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, namun kali ini belon itu dilihat kekal berada di ruang udara  wilayah AS lebih lama berbanding biasa.

Menurut Pentagon, belon itu tidak mendatangkan bahaya kepada pesawat kerana ia terbang pada altitud yang lebih tinggi daripada pesawat.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

AS sedang berhubung dengan pihak China berhubung kejadian itu.

Sementara itu jurucakap kerajaan China berkata ia sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan belon dipercayai untuk tujuan pengintipan yang dikesan oleh tentera Amerika syarikat di ruang udara di negeri Montana.

“Kami sedang mengumpul dan menyemak fakta,” kata jurucakap Pejabat Luar Mao Ning kepada media di Beijing.

Beliau harap berharap kedua-dua pihak akan menangani perkara itu dengan tenang dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu sebelum mengetahu dengan jelas apa yang berlaku.

Mao juga tidak dapat mengesahkan sama ada kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini akan diteruskan. — DSA

 

 

Comments
Loading...