Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah 12 Kapal Perang ke Timur Tengah “Pertahan” Israel Dari Iran, Hezbollah

Amerika Syarikat telah mengerah 12 buah kapal perang ke Timur Tengah, sebagaimana diberitahu oleh pegawai Jabatan Pertahanan negara itu kepada Washington Post ketika ketegangan memuncak di rantau itu selepas Israel membunuh pemimpin-pemimpin kanan Hamas dan Hezbollah.

1,052

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah mengerah 12 buah kapal perang ke Timur Tengah, sebagaimana diberitahu oleh pegawai Jabatan Pertahanan negara itu kepada Washington Post ketika ketegangan memuncak di rantau itu selepas Israel membunuh pemimpin-pemimpin kanan Hamas dan Hezbollah.

Kumpulan kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu termasuk kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt (CVN-71) dan Wasp Amphibious Ready Group, meliputi tiga buah kapal amfibia membawa lebih daripada 4,000 anggota tentera Marin negara itu.

Pada ketika ini kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt sedang beroperasi di Teluk Parsi dan Laut Arab sambil diiringi oleh enam buah kapal perang kapal destroyer kelas-Arleigh Burke termasuk USS John S.McCain (DDG-56) dan USS Laboon (DDG-58).

Empat buah kapal perang permukaan destroyer kelas-Arleigh Burke adalah USS Russel (DDG-59), USS Cole (DDG-67), USS Michael Murphy (DDG-112) dan USS Daniel Inouye (DDG-118).

Sementara itu Wasp Amphibious Ready Group pula terdiri daripada kapal USS Wasp (LHD-1), USS New York (LPD-21), USS Oak Hill (LSD-51) dan 2,500 anggota Marin daripada 24th Marine Expeditionary Unit.

Iran
Wasp Amphibious Ready Group

 

Kumpulan kapal-kapal perang itu turut termasuk USS Roosevelt (DDG-80) dan USS Bulkeley (DDG-84) yang kini berada di Laut Mediterranean.

Pada ketika ini, Wasp Amphibious Ready Group sedang belayar di Laut Mediterranean, tidak jauh daripada perairan Israel.

Kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan Wasp Amphibious Ready Group membawa ratus pesawat pejuang yang sudah pasti akan digunakan oleh Amerika Syarikat untuk mempertahankan Israel daripada serangan peluru berpandu dan dron-dron berani sama ada daripada Iran atau kumpulan-kumpulan proksinya di Timur Tengah.

Menurut pegawai kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, peningkatan ketegangan di rantau Timur Tengah tidak menyebabkan Washington untuk meningkatkan bilangan anggota tentera mereka di rantau itu.

Amerika berkemungkinan berpendapat bahawa kekuatan tenteranya di Timur Tengah itu sudah mencukupi, termasuk untuk mempertahanankan sekutu utamanya iaitu Israel.

USS Laboon
USS Laboon

 

Berikutan pembunuhan ketua staff kumpulan bersenjata Hezbollah Fouad Shukr di wilayah kejiranan Dahiyeh di Beirut, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran dan penasihat tentera Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di Beirut, keadaan di Timur Tengah semakin tidak menentu dengan Hezbollah dan Iran mengancam untuk menyerang balas besar-besaran.

Setiausaha Agung Hezbollah Hassan Nasrallah dalam kenyataan semalam berkata Israel telah melangkaui “garisan merah” dengan pembunuhan Ismail Haniyeh dan Fouad Shukr dan kini perlu menerima “kemarahan dan balas dendam” di semua barisan hadapan medan peperangan.

Katanya, konflik di antara Hezbollah dan Israel telah memasuki “fasa baru” dan Israel akan “menangis” dalam hari-hari yang akan mendatang ini atas perbuatan kejamnya membunuh pemimpin Hamas dan Hezbollah.

Sementara itu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pula berkata negara itu akan mempertahankan Israel jika ia diserang. — DSA

 

Comments are closed.