Didakwa Ketinggalan Dengan Russia, Amerika Bangun Kapal Selam Khas Bernilai RM20 Bilion
Amerika Syarikat meningkatkan fokusnya terhadap peperangan dasar laut berikutan apa yang dilihatnya sebagai usaha berterusan oleh Russia dalam memeta (mapping) infrastruktur dasar laut terutamanya di Eropah, berkemungkinan untuk misi-misi sabotaj.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dilapor akan membelanjakan sekitar US$5.1 bilion (RM20.4 bilion) untuk membangunkan sebuah kapal selam khas, direka khusus untuk terlibat dalam peperangan di dasar laut (seabed warfare).
Para penganalisis pertahanan mendakwa Amerika Syarikat ketinggalan berbanding Russia dalam pemilikan “platform” khas untuk peperangan di dasar lautan, memaksa Washington berbelanja besar untuk tujuan bersaing dengan Russia di dalam aspek peperangan ini.
Pada ketika ini, Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan kapal selam berkuasa nuklear kelas-Sea Wolf “USS Jimmy Carter” (SSN-23) sebagai platform khusus negara itu untuk peperangan dasar laut negara itu.
USS Jimmy Carter, yang menggunakan badan kapal selam kelas-Virginia tetapi telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian merupakan kapal selam peperangan dasar laut tunggal yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Kerja-kerja pembinaan kapal selam peperangan dasar laut itu sedang berjalan di limbungan kapal milik syarikat Electric Boat milik General Electric di Groton, Connecticut.
Menurut laporan daripada pusat kajian kongres, Amerika Syarikat akan memperolehi sebuah kapal selam khas itu pada harga US$5.15 bilion, lebih US$1 bilion berbanding kos perolehan kapal selam kelas-Virginia.
Media-media pertahanan antarabangsa menjangkakan bahawa kapal selam khusus milik Amerika Syarikat untuk peperangan dasar laut itu akan dilengkapi dengan beberapa Uncrewed Underwater Vehicles (UUV), Remote Operated Vehicles (ROV) dan Special Operation Submersibles.
Sistem Lancaran Menegak (Vertical Launch System – VLS) di kapal selam itu yang digunakan untuk melancarkan peluru berpandu sebelum ini akan digunakan oleh kapal selam khas itu untuk melancarkan kenderaan-kenderaan khas dasar laut itu
Amerika Syarikat meningkatkan fokusnya terhadap peperangan dasar laut berikutan apa yang dilihatnya sebagai usaha berterusan oleh Russia dalam memeta (mapping) infrastruktur dasar laut terutamanya di Eropah, berkemungkinan untuk misi-misi sabotaj.
Insiden yang menimpa paip Nord Stream yang menyalurkan gas asli daripada Russia kepada Eropah pada tahun lepas menunjukkan betapa pentingnya negara-negara seluruh dunia memastikan infrastruktur dasar laut berkaitan dengan sistem telekomunikasi, sensor dan tenaga sentiasa selamat daripada segala tindakan sabotaj oleh pihak lain.
Bagaimanapun peperangan dasar laut menurut penganalisa pertahanan antarabangsa, lebih berkisar kepada kerja-kerja perisikan dan bukan sabotaj.
Kedua-dua Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Russia serta Kesatuan Soviet mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang dalam operasi-operasi terhadap jaringan sensor, komunikasi dan tenaga.
Tentera Laut Russia sebenarnya telah melakukan pelaburan yang besar dalam peperangan dasar laut,malah di antara kapal selam terbesar di dunia milik Russia itu adalah kapal-kapal selam yang dibina khusus untuk menjalankan “penyelidikan” dasar laut.
Walaupun Tentera Laut Amerika Syarikat dikatakan memiliki peralatan dan sistem dasar laut yang lebih canggih, tetapi Russia memiliki kelebihan daripada segi kapasiti dan saiz kapal selam peperangan dasar laut.
Salah sebuah kapal selam “misi khas” Tentera Laut Russia yang operasinya amat dirahsiakan oleh Russia dinamakan “Losharik”.
Kewujudannya amat dirahsiakan oleh Moscow kerana tugas utama kapal selam itu adalah untuk mengintip dan mengumpul maklumat-maklumat penting terutamanya berkenaan dasar laut.
Oleh kerana tugasnya yang amat sensitif bagi tentera laut Russia, krew yang ditugaskan untuk mengoperasikan kapal selam “Losharik” itu adalah anggota tentera laut Russia yang berkhidmat dengan agensi di panggil “GUGI” (Main Directorate Deep Sea Research).
Hanya yang terbaik dipilih untuk berkhidmat dengan kapal selam “top secret” tentera laut Russia ini.
Kapal selam “Losharik” itu telah direka pada 1980-an tetapi hanya mula beroperasi pada 2003 dikatakan mampu menyelam sehingga ke kedalaman 20,000 kaki, iaitu 10 kali ganda berbanding kedalaman yang mampu dicapai oleh mana-mana kapal selam Amerika Syarikat. — DSA
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact admin: [email protected]
Comments are closed.