Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Pengintip, Misi Khas Russia “Losharik”

0 582

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 1 Julai 2019, telah berlaku insiden kebakaran di dalam sebuah kapal selam jenis “Losharik atau AS-31” milik tentera laut Russia yang telah mengorbankan 14 orang krew kapal selam.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit sedang melakukan misi rahsia di dalam perairan Russia, tetapi terletak tidak jauh daripada Norway, dipercayai berkaitan dengan Northern Sea Route (NSR), laluan alternatif perkapalan dunia yang sedang diteroka oleh Russia.

Pada 2015, majalah “Top Gear” versi Russia secara tidak sengaja mengambil gambar kapal selam dipercayai “Losharik.” (gambar Covert Shores)

Insiden itu sebenarnya telah menarik perhatian pemerhati pertahanan dunia terhadap “Losharik”, sebuah kapal selam yang amat dirahsiakan kewujudannya oleh Russia kerana tugasnya adalah untuk mengintip dan mengumpul maklumat-maklumat penting terutamanya berkenaan dasar laut.

Oleh kerana tugasnya yang amat sensitif bagi tentera laut Russia, krew yang ditugaskan untuk mengoperasikan kapal selam “Losharik” itu adalah anggota tentera laut Russia yang berkhidmat dengan agensi di panggil “GUGI” (Main Directorate Deep Sea Research). Hanya yang terbaik dipilih untuk berkhidmat dengan kapal selam “top secret” tentera laut Russia ini.

Losharik
Gambar satelit menunjukkan spherical hulls kapal selam “Losharik.” (gambar Cover Shores)

14 krew kapal selam “Losharik” yang mati itu adalah antara krew kapal selam Russia yang paling disegani.

Kesemua yang terbunuh telah dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi Russia iaitu “Hero of the Russia Federation.”

Apa yang unik tentang “Losharik” yang berkuasa nuklear ini adalah, krewnya beroperasi di dalam  tujuh ruangan bulat (spherical hulls) yang diperbuat daripada bahan aloi Titanium di dalam badan kapal selam itu.

Losharik
Gambar oleh Covert Shores.

Di dalam kes kapal selam rahsia Russia ini, rekabentuk “spherical hulls” adalah untuk membolehkannya melakukan penyelaman yang jauh lebih dalam berbanding kapal-kapal selam lain di dunia ini.

Dikatakan, bentuk bulat adalah lebih kuat berbanding bentuk silider apabila melakukan selaman di laut dalam. (untuk menahan tekanan dasar laut)

Kapal selam “Losharik” itu telah direka pada 1980-an tetapi hanya mula beroperasi pada 2003 dikatakan mampu menyelam sehingga ke kedalaman 20,000 kaki, iaitu 10 kali ganda berbanding kedalaman yang mampu dicapai oleh mana-mana kapal selam Amerika Syarikat.

 

Losharik
Gambar 14 krew kapal “Losharik” yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku dikapal selam itu pada 1 Julai 2019. (gambar New York Times)

Barat memanggil “Losharik” , The Cold War Submarine.

Menurut seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat,  dengan keupayaan menyelam sedalam itu, tiada kapal selam di dunia yang dapat mengesan “Losharik” itu.

losharik
Kedudukan pengkalan “Losharik” di Olenya Guba.

Russia juga meletakkan “Losharik” di sebuah kawasan dinamakan Olenya Guba sebagai pengkalan kapal selam itu, sebuah kawasan di Semenanjung Kola di Russia yang terletak jauh dari mana-mana tamadun terdekat manusia.

Sehingga kini “Losharik” ini masih rahsia dikalangan tentera negara-negara Barat dan imejnya hanya dapat diambil menerusi satelit-satelit pengintip.

— sumber daripada Covert Shores dan The New York Times

 

 

Comments
Loading...