Akibat Kenyataan “Elder Brother”, Hishammuddin Hussein Berdepan Dengan Pelbagai Kecaman
Akibat daripada kenyataan “elder brother” itu, Menteri Luar telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “You will always be my elder brother” – kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein di China untuk menggambarkan hubungannya dengan rakan sejawatannya daripada negara itu, Wang Yi telah menimbulkan kontroversi di tanahair.
Akibat daripada kenyataan “elder brother”, Menteri Luar itu telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak.
Macam mana tak kontroversi, kenyataan itu hadir ketika China seolah-olah “membuli” Malaysia dengan pencerobohan berterusan kapal-kapal pengawal pantainya ke dalam perairan negara ini terutamanya di Beting Patinggi Ali di Sarawak.
Kita pun sudah berpuluh kali menghantar nota-nota bantahan pencerobohan kapal-kapal China, tetapi ia tidak pernah menamatkan tindakan agresif Beijing itu.
So, bila kenyataan “elder brother” itu muncul, banyak pihak “melompat” untuk membidas Hishammuddin.
Walau apa pun, “nasi sudah menjadi bubur”.
Kenyataan kontroversi Hishammuddin itu dibuat di Wilayah Fujian ketika dalam sidang media dengan Wang Yi yang menerima banyak kecaman oleh banyak pihak Malaysia.
Antara yang tampil untuk mengecam kenyataan Menteri Luar itu adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Hishammuddin tidak sepatutnya meluahkan kenyataan itu, apatah membabitkan hubungan antara dua negara.
Ahli politik pembangkang itu melahirkan rasa terkejut kerana Menteri Luar menggambarkan China sebagai “elder brother” (abang) dalam pertemuannya dengan Wang Yi.
“Ini bukanlah bahasa dan cara yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomatik dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa Malaysia adalah “patung” (puppet) kepada kuasa asing,” kata Anwar itu.
Comments are closed.