Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Airbus Perkukuh Komitmen Terhadap Industri Pertahanan Malaysia

Bercakap kepada media di pameran Defence Services Asia 2024 minggu ini, eksekutif Airbus menekankan bahawa Malaysia telah menjadi pangkalan pelanggan utama bagi syarikat merentasi rangkaian produk pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan ruang angkasa.

0 2,561

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Airbus mengesahkan bahawa Malaysia adalah pasaran penting bagi perniagaan helikopter tentera serta pertahanan dan angkasa dan menyatakan komitmen syarikat untuk mengukuhkan lagi kehadiran tempatannya yang mantap.

Bercakap kepada media di pameran Defence Services Asia 2024 minggu ini, eksekutif Airbus menekankan bahawa Malaysia telah menjadi pangkalan pelanggan utama bagi syarikat merentasi rangkaian produk pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan ruang angkasa.

Sebagai rakan kongsi strategik Malaysia, Airbus telah membangunkan kerjasama industri meluas dan kukuh yang membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi tempatan.

 Syarikat aeroangkasa ini menyasar untuk mengukuhkan perkongsian dan pelaburan sedia ada dalam ekosistem tempatan.

 Ini termasuk melabur dalam simulator penerbangan penuh helikopter yang ketiga di Subang, dirancang untuk mula beroperasi pada 2026.

Airbus
H225M

 

Mengiktiraf kenaikan permintaan untuk aset helikopter baharu di Malaysia bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan negara, Airbus kini sedang mengatur keupayaannya ke arah menyokong pertumbuhan ini.

 Inilah di mana helikopter model H225M pelbagai peranan yang terbukti dalam pertempuran boleh menjalankan pelbagai keperluan misi termasuk operasi khas, mencari dan menyelamat semasa pertempuran/mencari dan menyelamat (CSAR/SAR), dan juga pengangkutan taktikal.

Dengan 12 dalam armadanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah antara pengendali global H225M yang menjalankan tugas ketenteraan dan kemanusiaan.

 Memandangkan bahawa Malaysia  perlu menggantikan beberapa aset lama dalam jangka masa yang lebih panjang, terutamanya dalam peranan separuh awam (parapublic) seperti penguatkuasaan undang-undang, model H135 merupakan penyelesaian tepat untuk memenuhi keperluan ini.

Model ini semakin popular dimana lebih daripada 1,500 unit berada dalam perkhidmatan.  Dari jumlah ini, sekitar 200 unit kini digunakan oleh pelbagai agensi penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia, termasuk dari Australia dan Jepun.

 Airbus juga melihat potensi memenuhi permintaan semakin bertambah di rantau ini untuk keupayaan yang meningkat, selain memperbaharui pengangkutan tentera yang lama.

A400M
A400M TUDM

 

Inilah di mana syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk menawarkan armada campuran A400M-C295 yang kukuh kepada Malaysia bagi menyokong kedua-dua keperluan strategik dan taktikal.

 Pada masa ini, A400M sudah pun menyokong keperluan pengangkutan udara strategik Malaysia di mana empat model tersebut berada dalam perkhidmatan TUDM.

Sementara itu, C295 pula berupaya memainkan peranan pelengkap kepada A400M, sekali gus memenuhi keperluan pengangkutan udara taktikal.

 Dari segi Angkasa, perkongsian yang lama terjalin antara Airbus dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berkembang dengan kukuh sejak 1998, merangkumi bidang seperti imejan satelit, sistem dan perkhidmatan.

Malaysia adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang mempunyai infrastruktur dan keupayaan untuk menerima telemetri SPOT, Pléiades dan TerraSAR-X.

Measat
MEASAT-3B

 

Malaysia juga mempunyai satelit MEASAT-3b dan MEASAT-3d dibina oleh Airbus, yang menyediakan kelajuan jalur lebar di kawasan yang tidak ada atau mempunyai ketersambungan darat yang terhad di seluruh negara.

 Berkenaan keselamatan maritim, Airbus bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di mana selama 15 tahun yang lepas, penyelesaian pengawasan pantai STYRIS telah membantu mengawasi kawasan kritikal di sepanjang Selat Melaka, serta Sabah dan Sarawak.

 “Airbus mempunyai hubungan yang panjang dan bermanfaat dengan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia. Memandangkan bahawa sektor aeroangkasa di rantau ini dijangka akan berkembang dengan lebih pesat, kami berharap untuk meningkatkan lagi kehadiran dan kerjasama tempatan kami,” kata Anand Stanley, Presiden Airbus Asia-Pasifik. — DSA

Comments
Loading...