Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Hezbollah Dilengkapi Sistem Pertahanan Udara Canggih “3rd Khordad” Buatan Iran?

(VIDEO) Menurut penganalisis tentera, penemuan serpihan peluru berpandu “Sayyad-2C” itu merupakan bukti pertama menunjukkan kumpulan bersenjata Hezbollah memiliki sistem-sistem pertahanan udara canggih buatan Iran terutamaya daripada keluarga Raad, Tabas dan 3rd Khordad (Sevvom Khordad).

0 1,007

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini video dan gambar-gambar di media sosial telah menunjukkan apa yang didakwa oleh penganalisis ketenteraan adalah peluru berpandu spertahanan udara “Sayyad-2C” buatan Iran di sebuah lokasi yang baru sahaja dibedil oleh pesawat pejuang Israel di Najjarieh, Lubnan.

Menurut penganalisis tentera, penemuan serpihan peluru berpandu “Sayyad-2C” itu merupakan bukti pertama menunjukkan kumpulan bersenjata Hezbollah memiliki sistem-sistem pertahanan udara canggih buatan Iran terutamaya daripada keluarga Raad, Tabas dan 3rd Khordad (Sevvom Khordad).

Serpihan peluru berpandu “Sayyad-2C” yang diperakui oleh pakar-pakar persenjataan adalah sebahagian daripada keluarga sistem pertahanan udara canggih yang dihasilkan oleh pakar-pakar senjata Iran.

Peluru-peluru berpandu Iran termasuk “Sayyad-2C” yang ditemui di Lubnan itu sememangnnya dikenali dengan kemampuannya untuk menembak jatuh sasaran udara di altitude sederhana dan tinggi, sekaligus memberikan ancaman kepada pesawat-pesawat kombat terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang beroperasi di kawasan terbabit.  

Menurut penganalisis ketenteraan, implikasi daripada penemuan serpihan peluru berpandu sistem pertahanan udara canggih Iran di kedudukan kumpulan bersenjata Hezbollah adalah – ia mengesahkan tentang tahap sokongan Teheran terhadap Hezbollah itu.

Kata mereka, kehadiran peluru berpandu daripada sistem pertahanan udara yang canggih di Lubnan itu berkemungkinan menandakan perubahan dalam keseimbangan kuasa di Timur Tengah, meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan keupayaan ketenteraan yang dimiliki oleh “non-state actors” di rantau yang sentiasa berkonflik itu.

Pegawai-pegawai Israel masih tidak memberikan sebarang komen terhadap penemuan serpihan peluru berpandu “Sayyad-2C” di Lubnan itu.

Bagaimanapun, penemuan serpihan peluru berpandu canggih buatan Iran itu dijangka akan meningkatkan lagi ketegangan di antara Israel, Hezbollah dan Iran serta pemain-pemain lain di rantau itu termasuk Amerika Syarikat dan juga Russia yang memiliki ketumbukan tentera di Syria.

Perkembangan terbaru itu menekankan betapa konflik-konflik di Timur Tengah kini adalah semakin kompleks, dengan sistem-sistem persenjataan canggih dengan mudah diperolehi oleh kumpulan-kumpulan bersenjata yang ditakrifkan sebagai “non state actors.”  

Peluru berpandu “Sayyad-2C” adalah peluru berpandu darat-ke-udara untuk menumpaskan ancaman udara termasuk pesawat pejuang dan dron-dron.

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan Iran untuk membangunkan sistem-sistem pertahanan udara tempatan bagi menangani ancaman daripada mereka yang disifatkanya sebagai musuh.

Iran

Peluru berpandu “Sayyad-2C” merupakan varian terkini peluru berpandu “Sayyad-2” daripada keluarga peluru berpandu “Sayyad.”

Peluru berpandu “Sayyad” ini adalah berdasarkan daripada peluru berpandu buatan Amerika Syarikat ‘Standard Missile” (SM-1) yang Iran perolehi sebelum berlakunya Revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan pemerintah Shah Iran yang pro-Washington.

Selain berkemampuan menangani pesawat-pesawat pejuang dan dron pada altitud sederhana ke tinggi, peluru berpandu “Sayyad-2C” juga telah dipertingkatkan keupayaan untuk menembak jatuh peluru-peluru berpandu ballistik.

Peluru berpandu pertahanan udara Iran itu dilengkapi dengan sistem bahan api pepejal, yang membolehkannya menangani sasaran pada jarak yang lebih jauh dan waktu reaksi terhadap ancaman yang lebih cepat.

Ia juga dilengkapi dengan sistem guidance (pembidik sasaran) yang membolehkannya membedil sasaran dengan tepat, sekaligus menjadikannya komponen penting dalam jaringan sistem pertahanan udara Iran.

Kecanggihan peluru berpandu “Sayyad-2C” itu menunjukkan pencapaian teknologi pertahanan Iran, membuktikan kemampuannya industri pertahannya untuk membangunkan sistem-sistem persenjataa yang moden tanpa perlu bergantung kepada mana-mana negara luar. 

Iran

Peluru berpandu “Sayyad-2C” itu digunakan oleh sistem pertahanan udara jarak sederhana Iran dipanggil “3rd Khordad” (Sevvom Khordad) yang digeruni oleh negara-negara Barat berikutan kejayaan yang dikecapinya pada 2019.

Sistem pertahanan udara “3rd Khordad” atau “Sevvom Khordad” milik Iran merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana yang telah terbukti keberkesanannya dan telah pun mencapai kejayaan ketika beroperasi di dalam situasi sebenar.

Dioperasikan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, sistem pertahanan udara jarak sederhana “3rd Khordad” milik Iran itu adalah satu-satunya sistem pertahanan udara yang telah berjaya menembak jatuh dron RQ-4 Global Hawk BAMS-D  yang dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat di Selat Hormuz pada 20 Jun 2019.

Sebab itulah, sistem pertahanan udara “3rd Khordad” Iran itu menggerunkan musuh-musuh Iran dan adakah penemuan peluru berpandu “Sayyad-2C” di Lubnan itu menunjukkan Hezbollah turut memiliki sistem pertahanan udara itu yang telah pun terbukti kemampuannya dalam menembak jatuh dron Global Hawk milik Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...