Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Cendana Auto Mula Hantar Kenderaan Khusus Kepada Tentera Darat

Apa yang membanggakan lagi adalah kenderaan-kenderaan yang dibangunkan oleh Cendana Auto ini adalah "hasil tangan" dan kepakaran anak-anak muda tempatan lulusan pusat pengajian seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA dan lain-lain pusat kemahiran tempatan yang lain.

0 4,387

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd telah mula menghantar beberapa kenderaan khusus (Special Purpose Vehicle) yang direka sepenuhnya oleh anak-anak tempatan untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam dan luar negara bagi misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada pameran DSA 2022 dan NATSEC yang sedang berlangsung di MITEC pada ketika ini, syarikat yang dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera telah mempamerkan beberapa kenderaan yang dibangunkannya sendiri untuk kegunaan ATM.

Apa yang membanggakan lagi adalah kenderaan-kenderaan untuk tugas khusus dibangunkan sendiri menggunakan kepakaran anak-anak muda lulusan pusat-pusat pengajian tempatan seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA dan lain-lain pusat kemahiran tempatan yang lain.

Cendana

Ia juga membuktikan bahawa lulusan IKBN,IKM dan lain-lain adalah “top notch” dan memang berkemampuan tinggi.

Hasil “tangan” mereka amat membanggakan, setanding dengan apa yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat negara luar.

Admin diberitahu bahawa syarikat telah mendapat pesanan untuk 70 buah kenderaan Fitted-For-Radio (FFR) daripada Tentera Darat Malaysia.

Cendana
Kenderaan Pembawa Senjata.

 

40 buah daripada kenderaan FFR itu adalah untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia dengan syarikat telah pun menghantar (deliver) 21 buah daripada kenderaan itu kepada Tentera Darat manakala selebihnya sedang di dalam proses penghantaran.

Manakala 30 buah kenderaan FFR itu adalah untuk kegunaan anggota tentera kita yang berkhidmat dalam misi pengaman PBB di Lubnan.

Syarikat Cendana Auto juga membekalkan 48 buah kenderaan pembawa mortar (mortar carrier), dengan 24 buah daripada kenderaan itu telah pun diserahkan kepada pelanggannya iaitu Tentera Darat Malaysia.

Manakala 24 kenderaan lain masih di peringkat pembinaan.

Cendana
Bahagian hadapan Kenderaan Pembawa Senjata.

 

Kenderaan Pembawa Mortar itu mampu membawa sebuah mortar 81mm, 70 butir peluru mortar 81mm dan enam orang anggota tentera, memudahkan mereka melaksanakan bedilan terhadap kedudukan musuh secara “shoot and scoot.”

Malah syarikat berkemampuan untuk meningkatkan jumlah peluru mortar yang dibawa oleh kenderaan itu, jika itu diminta oleh pelanggan.

Cendana
Kenderaan Fitted-For-Radio.

 

Selain itu, syarikat juga menjalankan pelbagai ujian sebelum ia menghantar (secara berperingkat) 49 buah Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

KPS itu dibangunkan untuk membawa beberapa jenis senjata termasuk Automatic Grenade Launcher (AGL), Heavy Machine Gun 12.7mm serta Anti-Tank Guided Missile (ATGM) daripada jenis “Metis-M.”

Cendana
Kenderaan Mortar Carrier.

 

Ada lagi satu jenis kenderaan yang juga dibangunkan oleh Cendana Auto yang sedang menjalani pelbagai jenis ujian sebelum ia diserahkan kepada Tentera Darat.

Kenderaan “Special Operation Vehicle –SOV) yang dibangunkan oleh syarikat adalah untuk kegunaan anggota Grup Gerak Khas (GGK).

Cendana
Kompartmen menyimpan peluru mortar 81mm pada Kenderaan Mortar Carrier.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Syarikat bakal menyerahkan sebanyak 16 buah kenderaan SOV itu untuk kegunaan pasukan khas Tentera Darat itu.

Setiap kenderaan SOV itu boleh membawa enam orang anggota GGK  dan dilengkapi dengan 16 buah Smoke Grenades, blast protection di bahagian enjin, Automatic Grenade Launcher/Heavy Machine Gun/GPMG dan lain-lain. — DSA

Cendana
Special Operation Vehicle (SOV)
Cendana
SOV
Cendana
SOV

 

Comments
Loading...