Adakah Minyak Punca “Kegilaan” China Terhadap Laut China Selatan?
Petroleum kerap kali dipanggil oleh masyarakat antarabangsa sebagai "black gold" atau "emas hitam."
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kajian yang dijalankan oleh syarikat minyak dan gas kebangsaan China iaitu China National Offshore Oil Company (CNOOC), sememangnya menggambarkan bahawa Laut China Selatan itu adalah kawasan perairan yang amat kaya dengan sumber minyak dan gas.
Petroleum kerap kali dipanggil oleh masyarakat antarabangsa sebagai “black gold” atau “emas hitam.”
Tetapi berapa banyak sebenarnya rizab minyak dan gas di dasar Laut China Selatan sehingga Beijing dikatakan sanggup berperang untuk menguasai perairan strategik itu, yang juga penting untuk nadi perdagangan dunia.
Menurut kajian oleh CNOOC, Laut China Selatan dipercayai menyimpan sehingga 125 billion tong rizab minyak manakala 500 trillion cubic feet (tcf) gas asli. (oilprice.com)
Arab Saudi, negara pengeluar minyak terbesar dunia memiliki 266 billion tong rizab minyak atau 15.7 peratus daripada simpanan dunia.
Dengan rizab minyak dan gas yang sebegitu besar itu di Laut China Selatan, ia mampu untuk memacu ekonomi China untuk beberapa dekad yang akan datang, selain tidak lagi perlu bergantung kepada rantau Timur Tengah untuk bekalan minyak dan gasnya. (Beijing sememangnya mahu mengurangkan kebergantungannya dengan Timur Tengah bagi bekalan minyak dan gasnya kerana ketidakstabilan yang menyebabkan turun-naik harga,selain faktor keselamatan bekalan)
“Kekayaan” sumber minyak dan gas hasil kajian CNOOC itu mungkin menjelaskan sedikit sebanyak tentang “kegilaan” Beijing terhadap isu hak milik Laut China Selatan.
Tetapi minyak ini juga mempunyai “sumpahannya” yang sering melanda negara pemiliknya.
Lihat sahaja Timur Tengah dan negara Afrika Libya dan Nigeria, antara pengeluar besar minyak dan gas di dunia.
Malaysia antara negara paling bagus dalam menguruskan sumber minyak dan gasnya.
Itu tidak dapat dinafikan.
Bagaimanapun kajian CNOOC itu tidak sama dengan jangkaan asal penyelidik China yang menganggarkan Laut China Selatan itu sebenarnya menyimpan 215 billion tong rizab minyak mentah.
Anggaran oleh penyelidik tempatan China itu adalah jauh lagi tinggi daripada jangkaan CNOOC.
Kajian daripada pihak Amerika Syarikat, bagaimanapun, tidak seyakin dengan anggaran oleh China.
Bagi kita Malaysia, sebagaimana telah dibuktikan selama ini perairan Laut China Selatan itu sama ada di Terengganu, Sabah dan Sarawak sememangnya amat kaya dengan minyak dan gas.
Buktinya, Petronas adalah salah satu syarikat minyak terkaya di dunia dan disenaraikan antara syarikat Fortune 500.
Ia juga adalah salah satu daripada “seven new big sisters” syarikat minyak dunia, selain Shell, BP, Total, ExxonMobil. (according to an article by Financial Times)
Tetapi Laut China Selatan bukan hanya dianugerahkan dengan khazanah minyak dan gas, tetapi ia juga menyimpan kekayaan lain…… yang akan kita bincangkan di lain ketika.
Comments are closed.