Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Abrams Amerika “Tidak Bawa Perubahan” di Medan Peperangan Ukraine

Presiden Ukraine Volodymr Zelensky dalam satu kenyataan menerusi akaun FB miliknya telah membuat pendedahan mengejutkan bahawa kehadiran 31 buah kereta kebal Abrams di Ukraine itu tidak membawa apa-apa perubahan yang besar di medan peperangan.

1,230

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta-kereta kebal Abrams yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat telah pun berada di Ukraine sejak dua bulan yang lalu bagi membantu serangan balas Kiev terhadap kedudukan tentera Russia.

Bagaimanapun, Presiden Ukraine Volodymr Zelensky telah membuat pendedahan mengejutkan bahawa kehadiran 31 buah kereta kebal Abrams di Ukraine itu tidak membawa apa-apa perubahan yang besar di medan peperangan.

Dalam ertikata yang lain, Russia masih menguasai medan peperangan walau ia terpaksa berhadapan dengan pelbagai sistem persenjataan Barat seperti kereta kebal Abrams yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Dalam satu pertemuan dengan wakil-wakil media Afrika, Presiden Ukraine itu dilaporkan membuat pendedahan dalam FB miliknya tentang prestasi terkini kereta kebal Abrams di medan peperangan Ukraine.

Zelensky mengakui bahawa Ukraine memiliki pelbagai kereta kebal moden buatan negara-negara Barat termasuk Leopard, Challenger dan kini Abrams, selain ratusan kereta kebal yang asalnya buatan Kesatuan Soviet seperti T-72.

Abrams
M1A1 Abrams

 

“Kereta kebal Abrams adalah kereta kebal yang berkualiti tinggi tetapi kita memilikinya dalam jumlah yang banyak. Kita mahu meningkatkan hubungan dengan Amerika Syarikat dan mahu menerima lebih banyak kereta kebal itu.”

“Bagaimanapun pada ketika ini, adalah sukar untuk menilai sama ada kereta kebal Abrams telah memainkan peranan yang penting di medan peperangan utama kerana bilangannya yang amat kecil,” kata beliau.

Pada September yang lalu, kumpulan pertama 31 buah kereta kebal Abrams telah pun disahkan tiba di Ukraine, memenuhi janji Amerika Syarikat untuk menghantar kereta kebal itu bagi membantu serangan balas tentera Ukraine terhadap kedudukan tentera Russia.

Namun, baru sahaja berada di bumi Ukraine, pegawai tentera Ukraine telah pun memberikan amaran bahawa kereta kebal buatan Amerika Syarikat yang memiliki berat 70 tan itu mungkin tidak akan “bertahan lama” di medan peperangan.

Apatah lagi, kereta kebal Abrams yang dibekalkan kepada Ukraine adalah varian M1A1 yang dianggap telah “berusia” serta tidak dilengkapi dengan armor “depleted uranium” serta kemampuan terhad berbanding varian terkininya, M1A2.

Pengesahan bahawa kereta-kereta kebal Abrams telah pun tiba di Ukraine baru-baru ini telah disambut dengan baik oleh anggota tentera Russia yang menyatakan bahawa kereta kebal buatan Amerika Syarikat akan “diburu” sehabis-habisnya.

Abrams
Kereta kebal Abrams milik tentera Arab Saudi yang dimusnahkan oleh anggota militan Houthi Yemen.

 

Anggota-anggota tentera Russia yang ditemuramah oleh media pertahanan negara itu menyatakan keterujaan mereka untuk memulakan misi “memburu” kereta kebal Abrams, sebagaimana dilakukan mereka terhadap kereta kebal Leopard dan Challenger buatan Jerman dan Britain.

Salah seorang komander battalion kereta kebal Russia Kapten Sambu Khutakov berkata maklumat tentang kehadiran 31 buah kereta kebal M1A1 Abrams di Ukraine telah menimbulkan perasaan teruja dikalangan anggota tentera Russia.

Sambu merupakan antara hero perang Russia dan telah dianugerahkan dengan beberapa pingat keberanian tentera negara itu.

“Krew-krew kereta kebal Russia yang ditempatkan di Rabotino sedang mempersiapkan diri mereka untuk memulakan usaha memburu kereta-kereta kebal Abrams buatan Amerika Syarikat itu, “ kata Khutakov. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: [email protected]

 

 

Comments are closed.