Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakar Russia Dedahkan “Kelemahan-Kelemahan” Kereta Kebal Abrams

“Kereta kebal Abrams memiliki kelemahannya seperti mana kereta-kereta kebal lain, yang membolehkan ia dimusnahkan oleh senjata Russia termasuk oleh kereta kebal berusia, T-55 sebagaimana yang berlaku dalam peperangan di Iraq,” kata pakar Russia itu, Kolonel (Bersara) Sergey Suvorov kepada agensi berita negara itu, TASS baru-baru ini.

0 6,525

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Amerika Syarikat Jo Biden telah pun mengumumkan bahawa negara itu akan mengirimkan 31 buah kereta kebal Abrams kepada Ukraine untuk digunakan oleh tentera negara itu bagi menentang pencerobohan tentera Russia.

Sehari selepas pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat yang bakal menghangatkan lagi konflik di Ukraine, seorang pakar kereta kebal Russia dengan penuh yakin menyatakan bahawa kereta kebal Abrams itu juga mempunyai kelemahannya tersendiri, yang bakal diekploitasi secukupnya oleh operator kereta-kereta kebal Russia.

“Kereta kebal Abrams memiliki kelemahannya seperti mana kereta-kereta kebal lain, yang membolehkan ia dimusnahkan oleh senjata Russia termasuk oleh kereta kebal berusia, T-55 sebagaimana yang berlaku dalam peperangan di Iraq,” kata pakar Russia itu, Kolonel (Bersara) Sergey Suvorov kepada agensi berita negara itu, TASS baru-baru ini.

Abrams
Kereta kebal Abrams ketika peperangan di Iraq.

 

Katanya, “kelemahan” kereta kebal Abrams itu banyak ditonjolkan ketika ia beraksi di Iraq.

“Sebagaimana yang disaksikan di Iraq, kereta kebal Abrams boleh terbakar apabila terkena tembakan oleh tentera Iraq. (Di Iraq) Turret kereta kebal Abrams ditembusi oleh peluru 100mm yang ditembak oleh kereta kebal T-55.”

“Terdapat juga contoh dimana kereta kebal Abrams menghadapi masalah walau hanya berdepan dengan infantry fighting vehicle (IFV) BMP-2,” kata pakar Suvorov.

Selain itu, beliau juga berkata terdapat juga contoh dimana kereta kebal Abrams itu lumpuh selepas terkena peluru yang “sudah luput usianya” yang dilepaskan oleh kereta kebal T-72, selain insiden-insiden dimana kereta kebal canggih Amerika Syarikat dimusnahkan oleh tembakan-tembakan RPG-7.

Abrams

Pakar kereta kebal Russia itu juga mengatakan enjin tambahan kereta kebal Abrams yang terletak di bahagian belakang bahagian turret untuk menjana sistem elektroniknya juga adalah “titik kelemahan” kereta kebal Amerika Syarikat itu.

“Enjin tambahan itu hanya dilengkapi oleh armor yang boleh melindunginya daripada tembakan senjata ringan tetapi ia tidak mampu menahan tembakan-tembakan oleh mesingan DShK 12.7mm,”katanya.

“Kompartment enjin itu pernah ditembak oleh DShK dan merosakkan motornya menyebabkan minyak mengalir ke enjin utama dan menyebabkan kebakaran kepada keseluruhan kereta kebal Abrams serta memusnahkannya,” menurut Suvorov.

Suvorov juga dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa kereta kebal Abrams yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai kereta kebal tercanggih dunia tidak mempunyai peluang jika ia berdepan dengan kereta kebal Russia seperti T-72 dan T-90 yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh.

Abrams

Selain itu kata beliau, kereta kebal Abrams yang merupakan sistem persenjataan yang kompleks tidak boleh diselenggara dengan sewenang-wenangnya di kawasan konflik tetapi memerlukan lokasi khas dengan anggota berkepakaran khas untuk memperbaiki kereta kebal itu.

“Penyelenggaraan (kereta kebal Abrams) adalah masalah besar. Jika sesuatu di bahagian enjinnya rosak, (enjin itu) perlu dibawa keluar daripada kereta kebal itu dan dibawa ke lokasi khas dengan kelengkapan khas dan anggota khas berkemahiran tinggi.”

“Enjin itu perlu dipisahkan daripada gear box dan hanya selepas itu ia boleh dibaiki,” katanya.

Kereta kebal Abrams kebanggaan Amerika Syarikat dakwa pakar kereta kebal Russia itu juga kurang sesuai beroperasi di kawasan berdebu sebagaimana di Ukraine.

Poland
Kereta kebal M1A2 SEPv3 “Abrams”

 

Sistem air-intake yang digunakan oleh kereta kebal Abrams itu merupakan sesuatu yang mudah rosak,kata pakar itu.

“Ia menggunakan air filter yang beroperasi sebagaimana kepada peralatan yang digunakan dalam kenderaan bermotor. Jika ia tersumbat, ia perlu dibawa keluar dan dibersihkan berbanding kereta kebal Russia yang menggunakan “cyclone dust collectors” yang merupakan kelengkapan yang berkeupayaan tinggi,” kata Suvorov.

Ketika peperangan di Iraq, pakar Russia itu mendakwa bahawa air filter kereta kebal Abrams itu hanya mampu beroperasi selama 15 minit ketika beroperasi di kawasan berdebu.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ini mungkin memberikan masalah yang besar sekiranya kereta kebal Abrams itu digunakan di Ukraine.

“Kereta kebal Abrams masih boleh beroperasi pada musim sejuk, tetapi musim panas di Ukraine agak berdebu,” kata pakar kereta kebal Russia itu.

Pendapat yang dinyatakan oleh pakar Russia itu hanya boleh dinilai apabila kereta-kereta kebal Abrams beraksi di Ukraine kelak.– DSA

Comments
Loading...