Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Laung Amaran Keras, Kereta Kebal Abrams, Leopard Bakal “Dimusnahkan”

Kemungkinan “lampu hijau” daripada Washington tentang penghantaran kereta kebal Abrams ke Ukraine itu selepas kerajaan Jerman dipimpin oleh Canselor Olaf Scholz hari ini  memutuskan bahawa Berlin akan menghantar 14 buah kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine serta membenarkan negara lain untuk “menyumbang” kereta kebal tersebut dimiliki mereka itu pada Kiev.

0 4,136

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat berkemungkinan besar akan membenarkan penghantaran kereta kebal Abrams ke Ukraine, pihak Russia pula memberi amaran bahawa penghantaran senjata-senjata offensif seperti kereta kebal Abrams itu merupakan suatu provokasi terang-terangan.

Duta Russia ke Amerika Syarikat Anatoly Antonov dilaporkan berkata semalam bahawa jika kereta kebal Abram dihantar ke Ukraine, ia akan dimusnahkan oleh tentera Russia.

“Jikalau keputusan menghantar kereta kebal Abrams itu dibuat, kereta kebal Amerika Syarikat itu akan dimusnahkan sebagaimana kelengkapan-kelengkapan tentera NATO yang dihantar ke Ukraine.”

Poland
Kereta kebal M1A2 SEPv3 “Abrams”

 

“Jikalau Amerika Syarikat memutuskan untuk menghantar kereta kebal ke Ukraina, adalah mustahil untuk menjustifikasikan tindakan itu dengan alasan berkenaan senjata-senjata defensif. Ia adalah satu lagi provokasi terang-terangan kepada Persekutuan Russia.”

“Kini kita tahu pihak manakah yang benar-benar agresif di dalam konflik ini,” katanya beliau.

Kenyataan oleh Antonov tentang “provokasi terang-terangan” Amerika Syarikat terhadap Russia jika Washington bertindak menghantar kereta kebal Abrams ke Ukraine itu berlaku ketika pentadbiran Biden berdepan tekanan daripada dalam dan luar negara tentang penghantaran aset tentang yang dianggap sebagai senjata offensif.

Menurut Washington Post, pentadbiran presiden Jo Biden dijangka akan mengumumkan pelan tentang bagaimana ia akan menghantara kereta kebal Abrams ke Ukraine, walaupun pegawai-pegawai kanan tentera negara itu mempersoalkan kemampuan tentera Ukraine dalam mengoperasi serta menyelenggara kereta kebal itu.

Kemungkinan “lampu hijau” daripada Washington tentang penghantaran kereta kebal Abrams ke Ukraine itu selepas kerajaan Jerman dipimpin oleh Canselor Olaf Scholz hari ini  memutuskan bahawa Berlin akan menghantar 14 buah kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine serta membenarkan negara lain untuk “menyumbang” kereta kebal tersebut dimiliki mereka itu pada Kiev.

Leopard
Canselor Jerman Olaf Scholz bersama kereta kebal Leopard

 

Keputusan Jerman hari ini itu dibuat selepas negara itu berbulan-bulan menerima tekanan daripada rakan-rakannya di Eropah yang mahukan ia memberikan kebenaran kepada penghantaran kereta kebal Leopard ke Ukraine.

Penghantaran 14 buah kereta kebal Leopard milik tentera Jerman ke Ukraine itu akan disusuli oleh negara-negara lain yang turut memiliki kereta kebal itu seperti Poland, Sepanyol, Finland, Belanda dan Norway.

Britain juga menyatakan komitmen untuk membekalkan 14 buah kereta kebal Challenger 2 manakala Perancis juga sedang mengkaji untu membekalkan kereta kebal utama Leclerc kepada Ukraine.

Kedutaan Russia di Jerman menyatakan keputusan Presiden Olaf Scholz adalah “amat berbahaya” dan akan membuatkan konflik menjadi lebih marak.

Presiden Jo Biden sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Ukraine akan menerima pelbagai bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat bagi menentang pencerobohan Russia tetapi mengelak daripada menjawap soalan wartawan apabila ditanya sama ada pakej bantuan ketenteraan itu termasuk kereta kebal utama, Abrams.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

Kereta kebal Abrams yang dibangunkan oleh General Dynamics Land Systems merupakan antara kereta kebal utama terbaik dunia.

Dengan berat 72 tan, kereta kebal Abrams dilengkapi enjin gas turbine Honeywell AGT1500 berkuasa 1,500 kuasa kuda dan meriam 120mm bagi membolehkannya memusnahkan bukan sahaja kereta kebal musuh tetapi juga kenderaan perisai dan pelbagai sasaran lain daripada jarak beberapa kilometer.

Bagaimanapun, pemerhati masih berteka-teki varian kereta kebal Abrams manakah yang akan dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine. — DSA

 

Comments
Loading...