[VIDEO] Amerika Kerah Tiga Pesawat Pengebom B-52 “Stratofortress” Ke Pasifik
Pesawat-pesawat pengebom itu bakal terlibat dalam misi dipanggil “Bombers Task Force”untuk menyokong operasi udaranya di Indo-Pasifik.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat bertindak mengerahkan tiga buah pesawat pengebom B-52 Stratofortress daripada pangkalan udara Minot, North Dakota ke pangkalan udara Andersen di Guam untuk menyokong operasi tentera negara itu di Indo-Pasifik.
Pesawat-pesawat pengebom itu bakal terlibat dalam misi dipanggil “Bombers Task Force”untuk menyokong operasi udaranya di Indo-Pasifik.
Ia adalah komitment berterusan pihak tentera Amerika Syarikat terhadap sekutu dan rakan-rakannya di rantau Indo-Pasifik serta U.S Air Force Global Strike Command untuk memberikan kuasa deterren di seluruh dunia.
Kerahan ketiga-tiga pesawat pengebom B-52 ini juga adalah untuk menyokong latihan tentera bersamanya dengan Australia dinamakan “Talisman Sabre 2021” yang meningkatkan interoperability dengan sekutunya di Indo Pasifik.
China dikatakan telah mengerahkan sebuah kapal pengintipnya untuk meninjau latihan “Talisman Sabre 2021” itu.
#USAF B-52 Stratofortress flew from Guam to Hawaii & back without stopping #airpower #powerprojection @36WingPA pic.twitter.com/VnGkWFJQoS
— PACAF (@PACAF) October 18, 2015
Tentera Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, misi Bombers Task Force itu memberikan pesawat-pesawat pengebom itu keupayaan untuk beroperasi di mana-mana tempat, pada bila-bila masa selain bersedia untuk berhadapan dengan potensi krisis di mana sahaja di seluruh dunia.
Misi Bombers Task Force ini juga memberi peluang kepada U.S Strategic Command untuk sentiasa mengkaji kesediaan aset-asetnya untuk memelihara keselamatan dan kestabilan rantau Indo-Pasifik.
Pesawat pengebom B-52 Stratofortress ini adalah suatu aset udara yang ikonik bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.
Mula terbang pada tahun 1954, pesawat pengebom ini dilengkapi dengan lapan enjin Pratt&Whitney bagi membolehkan ia mengangkut pelbagai senjata terdiri daripada bom dan peluru berpandu seberat 70,000 pound.
Walaupun sudah berumur hampir 21 tahun, tetapi dengan kerja-kerja peningkatan keupayaan, pesawat B-52 ini dijangka akan terus berkhidmat sehingga menjangkau 2040.
Dengan lima orang krew,pesawat B-52 Stratofortress ini mampu terbang sejauh 8,800 batu dengan kelajuan 650 batu sejam.(jika menggunakan in-flight refuelling maka jarak operasinya adalah lebih jauh)