Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Mulakan Operasi Udara Rutin Di “Pulau Buatan Manusia” Di Laut China Selatan

Akhbar terbabit, Washington Times berkata  pihak tentera China telah menempatkan pesawat-pesawat pemantaunya dan helikopter di dua pulau itu, Mischief Reef dan Subi Reef.

0 1,969

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera China telah memulakan operasi rutin udara daripada pangkalan-pangkalan tentera di “pulau-pulau buatan manusia” yang didudukinya secara haram di Laut China Selatan, menurut sebuah akhbar Amerika Syarikat.

Akhbar terbabit, Washington Times berkata  pihak tentera China telah menempatkan pesawat-pesawat pemantaunya dan helikopter di dua pulau itu, Mischief Reef dan Subi Reef.

Imej-imej satelit yang diperolehi oleh akhbar terbabit menunjukkan kerahan pesawat amaran awal (AEW&C) KJ-500 di Mischief Reef pada Mei lepas dan pesawat pengangkut Y-9 serta helikopter Z-8 Subi Reef pada bulan lepas dan bulan ini.

Pada tahun lepas, pesawat peperangan anti-kapal selam (ASW) KQ-200 telah dikerah ke sebuah lagi pulau buatan manusia di Laut China Selatan, Fiery Cross Reef.

Beberapa laporan sebelum ini mengatakan China telah meletakkan peluru berpandu pertahanan udara HQ-9 dan sistem peluru berpandu anti kapal, YJ-12 di Fiery Cross, Subi Reef dan Mischief Reef, manakala laporan lain juga mengatakan peluru berpandu darat-ke-darat juga ditempatkan di “pulau-pulau buatan manusia” haram  China itu.

Spratly
Mischief Reef

 

Kedua-dua “pulau buatan manusia” (Mischief dan Subi) adalah beberapa terumbu yang telah diduduki secara oleh China dan ditambak untuk menjadi pangkalan-pangkalan tentera yang lengkap baginya di Laut China Selatan

Selain kehadiran pesawat-pesawat tentera, Beijing turut melengkapkan pulau-pulau itu dengan sistem pertahanan udara.

Kesemua imej-imej satelit itu diperolehi oleh, J.Michael Dahm yang merupakan bekas pegawai perisikan Tentera Laut Amerika Syarikat dan kini bertugas dengan John Hopkins University.

Menurut akhbar Amerika Syarikat itu lagi, kerahan pesawat-pesawat tentera China diketahui menerusi laporan oleh Dahm yang turut menunjukkan lokasi-lokasi sistem peluru berpandu di ketiga-tiga “pulau buatan manusia itu.”

Ketiga-tiga “pulau buatan manusia” itu memiliki landasan kapal terbang sepanjang 9,000 kaki yang boleh menerima pesawat pengebom strategic China iaitu Xian H-6.

Ketiga-tiga “pulau buatan manusia” itu adalah sebahagian daripada tujuh “pulau buatan manusia” di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel yang penting dalam usaha China untuk menguasai Laut China Selatan.

Ia akan menjadi “pangkalan tentera terapung China” di Laut China Selatan sementara projek pembinaan kapal pengangkut pesawat negara itu mencapai matlamatnya dalam beberapa tahun akan datang ini.

Pada 2018, komander tentera Amerika Syarikat di Indo-Pasifik Laksamana Philipi Davidson dilaporkan berkata, tindakan China menjadikan “pulau-pulau buatan manusia” sebagai pangkalan tentera telah mengubah imbangan kuasa di Laut China Selatan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...