Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] 22 Anggota Komando Afghanistan Dibunuh Taliban Ketika Menyerah Diri

Menurut laporan media, kejadian kejam itu didakwa berlaku pada 16 Jun di sebuah pekan bernama Dawlat Abad di Wilayah Faryab berhampiran sempadan Afghanistan dengan Turkmenistan.

0 6,088

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Video pembunuhan 22 orang anggota komando Tentera Afghanistan yang cuba menyerah diri kepada militan Taliban kini tersebar di media-media sosial negara itu, ketika kumpulan bersenjata itu dikatakan telah menakluk 85 peratus daripada negara Asia Selatan itu.

Menurut laporan media, kejadian kejam itu didakwa berlaku pada 16 Jun di sebuah pekan bernama Dawlat Abad di Wilayah Faryab berhampiran sempadan Afghanistan dengan Turkmenistan.

Mangsa adalah anggota komando tentera Afghanistan yang dilatih oleh Amerika Syarikat manakala pembunuhnya adalah anggota Taliban.

Pada ketika keanggotaan komando tentera Afghanistan adalah kira-kira 11,000 orang.

Menurut laporan media tempatan, sebelum kejadian yang kejam itu anggota komando dan Taliban telah terlibat dalam pertempuran sengit di bandar terbabit sehingga mengakibatkan mereka kehabisan peluru dan dikepung oleh militan.

 

Anggota komando dikatakan meminta serangan udara dilakukan tetapi malangnya, permintaan mereka itu tidak mendapat apa-apa respons daripada Tentera Afghanistan.

Terkepung dan kehabisan peluru, anggota komando Afghanistan itu mengambil keputusan menyerah diri.

Terdapat penduduk tempatan kedengaran meminta supaya anggota komando itu tidak diapa-apakan tetapi tidak diendahkan oleh anggota Taliban yang menembak membabi-buta kesemua anggota komando yang tidak bersenjata itu.

Selepas kejadian, terdapat anggota Taliban yang menanggalkan baju kalis peluru dan barangan peribadi anggota komando yang terbaring tidak bernyawa itu lagi.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah mengesahkan bahawa mereka telah menemui kesemua 22 mayat anggota komando malang itu.

Komando
Anggota komando Afghanistan, Sohrab Azimi adalah salah seorang daripada 22 anggota komando yang dibunuh kejam oleh Taliban.

 

Kementerian Pertahanan Afghanistan juga mengesahkan bahawa kesemua 22 anggota komando mereka telah dibunuh oleh Taliban, manakala pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International dalam satu kenyataan berkata, pembunuhan itu merupakan suatu jenayah perang.

Salah seorang anggota komando yang dibunuh kejam oleh Taliban itu dikenali dengan nama, “Sohrab Azimi” yang menerima latihan selama dua tahun di Amerika Syarikat.

Bapa beliau, adalah seorang jeneral tentera.

Menurut bapanya Jeneral Hazir Azimi, anaknya adalah anggota yang bertanggungjawab memanggil serangan udara untuk mematahkan serangan Taliban itu tetapi permohonan itu tidak mendapat respons daripada tentera negara itu.

Beliau juga berkata, anaknya dijadualkan berkahwin bulan depan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...