Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Kekuatan Udara Bangladesh, Myanmar “Lebih Bagus” Dari Malaysia? Betul Ke…

Kedua-dua negara ini memang (agak terkebelakang berbanding kita daripada segi ekonomi, dengan ramai daripada penduduknya menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki mereka.

0 2,918

(DEEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita mengatakan kekuatan tentera udara kita ditinggalkan oleh beberapa negara yang terkebelakang daripada segi kedudukan ekonominya (mengikut indikator GDP negara, GDP per-kapita penduduk dan lain-lain) seperti Bangladesh dan Myanmar.

Kedua-dua negara ini memang (agak terkebelakang berbanding kita daripada segi ekonomi, dengan ramai daripada penduduknya menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki mereka.

Ramai penduduk Indonesia juga menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki, tetapi ekonomi negara jiran kita kini semakin ke depan meninggalkan kita, sama seperti pembangunan angkatan tenteranya.

Ok berbalik kepada topik pembangunan kekuatan udara Bangladesh yang dikatakan telah “meninggalkan” Malaysia.

Menurut laporan terbaharu yang diterbitkan portal Asian Community, Malaysia berada di kedudukan ke-26 di benua Asia daripada segi kekuatan tentera udaranya manakala di peringkat antarabangsa pula negara berada di tangga ke-60.

TUDM
Gambar kredit TUDM

 

Kekuatan tentera udara Malaysia adalah di tangga keenam daripada 10 buah negara di Asia Tenggara selepas Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Singapura dan Filipina.

Ok carian admin menunjukkan bahawa tunjang kekuatan Tentera Udara Bangladesh adalah lapan buah MiG-29 S/UB milikinya yang diperolehi daripada Russia pada awal tahun 2000, diikuti dengan 32 pesawat Chengdu F-7 yang merupakan versi pesawat under-license MiG-21 yang dibina oleh China.

Pada 2013, production bagi pesawat ini telah pun ditamatkan sejurus selepas penghantaran pesawat ini kepada Bangladesh.

Selain itu Bangladesh juga menggunakan beberapa jenis pesawat untuk misi-misi serangan darat dan Light Combat Aircraft (LCA), dengan aset terbaru adalah 16 buah pesawat YAK-130 (opsyen lagi 10 buah) yang dibangunkan oleh firma Irkut daripada Russia.

Kesemua pesawat itu, yang dibeli menggunakan kredit US$1 bilion daripada kerajaan Russia telah pun diserahkan kepada Tentera Udara Bangladesh.

Bagaimanapun dua daripadanya terhempas dalam satu kemalangan mid-collission di Cox Bazar pada 2017.

Yak-130
Pesawat Yak-130 Tentera Udara bangladesh

 

Selain itu juga, Bangladesh juga menggunakan pesawat-pesawat seperti Nanchang A-5, L-39 Albatross, beberapa jenis pesawat latihan, pesawat pengangkut seperti C-130 Hercules, Mil Mi-17 dan lain-lain.

Dikhabarkan juga Tentera Udara Bangladesh juga sedang mencari Multi Role Combat Aircraft (MRCA), denga nada pihak menyenaraikan beberapa pesawat termasuk Sukhoi Su-30MK, MiG-35 serta ada yang turut menyenaraikan Eurofighter Typhoon.

Negara Asia Selatan itu juga pada tahun lepas dikatakan telah memilih helikopter penyerang AH-64 Apache untuk melengkapkan tenteranya dengan pembelian itu dikatakan dilakukan menerusi program Foreign Military Sales (FMS) Amerika Syarikat.

Tiada perkembangan setakat ini tentang pemilihan helikopter Apache itu.

Ok mengenai Myanmar pula, kekuatan tentera udara rejim tentera itu sehingga ini sama seperti Bangladesh itu adalah 31 buah MiG-29 dalam pelbagai versi serta 16 buah pesawat LCA J-17 yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

Selain itu Myanmar juga telah memesan enam buah pesawat MRCA, Sukhoi Su-30 SME daripada Russia untuk menguatkan lagi angkatan tenteranya.

Sama seperti Bangladesh, Myanmar juga menggunakan pesawat LCA/ground attack iaitu Yak-130 selain beberapa jenis pesawat penyerang ringan buatan China yang lama.

Myanmar ini banyak mengekalkan pesawat-pesawat serangan ringan daripada versi lama kerana ia masih berhadapan dengan konflik dengan beberapa kumpulan pemberontak etnik terutamanya di kawasan-kawasan sempadannya dengan Thailand dan China.

Bangladesh
Pesawat MiG-29 Bangladesh

 

Firma-perma pertahanan Israel dilaporkan mendapat kontrak-kontrak daripada Myanmar untuk bukan sahaja membaikpulih tetapi juga menaiktaraf pesawat-pesawat lama ini dengan sistem elektronik yang dibangunkan oleh Israel.

Selain itu, tentera udara Myanmar ini juga menggunakan helikopter penyerang Mil Mil-24 untuk serangan darat ke kubu-kubu pemberontak.

Negara Asia Tenggara ini mendapatkan bekalan senjatanya daripada dua sumber utama iaitu China dan Russia kerana Myanmar ini masih dikenakan sekatan pembelian senjata daripada negara-negara Barat, walaupun Israel nampaknya terlepas daripada embargo itu.

Selain itu sistem pertahanan udara Myanmar juga nampaknya baik dengan sistem-sistem pertahanan daripada China dan Russia.

Ok daripada  penerangan ringkas tentang “kekuatan udara” Bangladesh dan Myanmar, apa pendapat tuan-tuan dan puan-puan mengenai kekuatan TUDM pula?

Adakah benar Bangladesh dan Myanmar itu “lebih kuat” daripada segi kekuatan udara?

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...