Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Amerika Syarikat Sokong Malaysia Dalam Isu Pencerobohan 16 Buah Pesawat China

Bercakap kepada portal South China Morning Post, seorang pegawai Jabatan Perhubungan Awam Pacific Air Forces, Tentera Udara Amerika Syarikat berkata mereka menyokong tindakan yang diambil oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 3,800

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera udara Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik menyokong dakwaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bahawa 16 pesawat tentera China telah menceroboh ruang udara Malaysia pada akhir Mei lepas dan meminta Beijing supaya menghormati kedaulatan semua negara.

Bercakap kepada portal South China Morning Post, seorang pegawai Jabatan Perhubungan Awam Pacific Air Forces, Tentera Udara Amerika Syarikat berkata, mereka menyokong tindakan yang diambil oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada 31 Mei, TUDM mengerah beberapa pesawat Hawk 208 daripada pangkalannya di Labuan untuk memintas pesawat tentera China itu yang berada kira-kira 60 batu nautika daripada pantai Sarawak, terbang dalam penerbangan formasi taktikal.

“Kita menyokong rakan kami di TUDM dan menggalak China supaya menghormati kedaulatan semua negara,” menurut pegawai tentera udara Amerika Syarikat itu.

Pacific Air Forces itu juga berkata, bilangan pesawat tentera China yang menceroboh ruang udara Malaysia itu adalah hampir sama dengan apa yang diperkatakan oleh TUDM.

TUDM

Ia bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kenyataannya itu atas dasar keselamatan.

Kenyataan Pacific Air Forces itu sekaligus menafikan dakwaan oleh sumber tentera China baru-baru ini bahawa hanya dua buah pesawat tentera China, iaitu Ilyushin Il-76 dan Xian Y-20 terlibat dalam insiden percerobohan itu.

Sumber tentera China itu juga mendakwa pesawat-pesawat China dalam penerbangan latihan selepas menghantar bekalan kepada unit-unit tentera China di Laut China Selatan.

Kenyataan oleh Pacific Air Force, Tentera Udara Amerika Syarikat itu adalah selari dengan komander pasukan itu Jeneral Ken Wilsbach tentang bilangan pesawat China yang menceroboh ruang udara Malaysia itu,

Pacific Air Forces adalah komponen Tentera Udara Amerika Syarikat di rantau Asia Pacific.

Sementara itu felo penyelidik Institute of Defence and Strategic Studies di Singapura, Collin Koh berkata, “secara rasmi China tidak membantah tentang bilangan pesawat tenteranya yang menceroboh ruang udara Malaysia.”

“Jika dakwaan (16 pesawat China menceroboh Malaysia) itu tidak masuk akal, China sudah pasti akan membantahnya, tetapi kali ini mereka tidak menyebutnya, yang membawa maksud bahawa mereka mengaku bahawa penerbangan sejumlah besar pesawat tentera (di ruang udara Malaysia) sememangnya berlaku,” kata beliau.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...