Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Body Armor “SOTNIK” Russia Mampu Tahan Tembakan Senjata 12.7 MM

0 807

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Menjelang tahun 2025, anggota tentera Russia akan dilengkapi dengan sistem peralatan peribadi yang dinamakan “SOTNIK” Centurion), yang akan menggantikan sistem “Ratnik” yang digunakan oleh anggota tentera Russia ketika ini.

Sistem “Sotnik” sebagaimana “Ratnik” adalah peralatan peribadi yang digunakan oleh anggota tentera daripada helmet ballistik, uniform sehinggalah kepada body armour dan lain-lain peralatan yang digunakan oleh setiap anggota.

SOTNIK
Sistem “SOTNIK” Russia.

Antara ciri-ciri utama sistem generasi keempat “Sotnik” antaranya adalah – but anti-periuk api, uniform anti-thermal/anti radar yang boleh “menyembunyikan” anggota tentera daripada musuh dan menghubungkan anggota dengan sistem kawalan dan pemerintahan serta sistem “micro-drones.”

Namun satu dakwaan yang dibuat oleh syarikat Rostec yang membangunkan sistem “Sotnik” tentang ciri-ciri sistem itu yang menggemparkan dunia pertahanan dan keselamatan adalah tentang body armor yang bakal digunakannya. Syarikat Rostec mendakwa body armor yang bakal digunakan oleh sistem “Sotnik” mampu menahan tembakan yang dilepaskan daripada senjata 12.7mm. (0.5 caliber).

SOTNIK
Sistem “SOTNIK” yang bakal digunakan oleh anggota tentera Russia menjelang 2025.

Dakwaan yang dibuat oleh Rostec itu menurut pemerhati dan penganalisis pertahanan agak meragukan, walaupun mereka tidak menolak kemungkinan itu 100 peratus.

“Sistem body armor generasi ke-empat “Sotnik” akan terdiri daripada bahan polyethylene fiber yang ringan dan armor plating yang direkabentuk yang mampu menahan tembakan daripada senjata-senjata 12.7mm,” kata syarikat itu.

Polyethylene adalah plastik dan syarikat mendakwa ia mampu menahan tembakan daripada senjata 12.7mm dan syarikat Rostec mendakwa sistem body armor yang digunakan oleh “Sotnik” lebih ringan berbanding body armor buatan Amerika Syarikat dan Israel.

Berat adalah factor utama untuk membolehkan sistem “Sotnik” ini berjaya, kerana bagi pihak barat adalah sukar untuk mencipta body armor yang mampu menahan tembakan 12.7mm tetapi masih selesa untuk dibawa dan digunakan oleh anggota tentera.

Kebimbangannya adalah, body armor “Sotnik” itu bakal menjadi terlalu berat untuk dibawa dengan selesa oleh anggota tentera.

Mungkin ia akan menggunakan Exoskeletons untuk membolehkan anggota tentera menampung berat keterlaluan itu.

Bayangkan untuk body armor level 3 Amerika Syarikat yang mampu menahan peluru daripada 7.62mm, berat keseluruhannya adalah 22.6 pounds Bayangkan pula body armor “Sotnik”yang mampu menahan tembakan 12.7mm, berapa pula beratnya?

Adakah anggota selesa untuk menggunakannya untuk tempoh masa yang lama?

Bagaimana Russia melakukannya, kita perlu tunggu sehingga sistem “Sotnik” itu digunakan di medan untuk mengetahuinya sama ada ia benar-benar berkesan.

Tetapi apa yang kita tahu adalah teknologi Russia ini penuh dengan kejutan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...