Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PKK Didakwa Bunuh 13 Warga Turki Dalam Sebuah Gua Di Utara Iraq

0 693

DEFENCE SECURITY ASIA) –  Tentera Turki menemui mayat 13 rakyatnya dalam sebuah gua di Gara, utara Iraq dipercayai dibunuh oleh militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang dilabel oleh Ankara, Washington dan Kesatuan Eropah sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Menurut tentera Turki, 12 daripada tebusan itu yang didakwa warga awam mempunyai kesan tembakan di bahagian kepala manakala seorang lagi mempunyai kesan tembakan di bahu.

Gara Mountain
Kedudukan kawasan pergunungan Gara di utara Iraq dimana tentera Turki menemui mayat 13 orang rakyat negara itu yang dipercayai mati dibunuh oleh kumpulan pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Menteri Pertahanan negara itu Hulusi Akar berkata, pihak berjaya membunuh 48 militan PKK dalam operasi ketenteraan dinamakan “Claw Eagle-2” baru-baru ini manakala tiga anggota tentera Turki terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam pertempuran.

Katanya, kesemua 12 tebusan itu telah ditahan selama empat tahun oleh militant terbabit yang menjadikan kawasan gua itu sebagai penjara. Kesemua tebusan itu dibunuh ketika tentera Turki mula melancarkan operasi untuk membebaskan mereka. Anggota tentera Turki juga menangkap dua militant dalam operasi itu. Terdapat dakwaan mengatakan kesemua 13 tebusan yang terbunuh itu adalah anggota tentera Turki.

Turki
Tentera Turki di utara Iraq.

Sehingga kini Ankara masih belum memaklumkan identity kesemua tebusan yang terbunuh itu.

Menteri Pertahanan Turki itu mengatakan operasi terbaru pihak tentera terhadap PKK dilancarkan baru-baru ini untuk memastikan sempadan Turki selamat daripada kegiatan pengganas dan membebaskan rakyatnya yang diculik oleh kumpulan itu.

Kenyataan oleh PKK pula mengatakan antara tebusan ditahannya termasuk anggota perisikan Turki dan polis serta tentera negara itu.

Bagaimanapun kumpulan itu menafikan ia mencederakan tebusan itu.

Pada 2017, menteri luar Turki pada ketika itu negara itu sedang berusaha membawa balik rakyatnya yang telah diculik oleh PKK, tidak lama selepas laporan media mengatakan dua perisik Turki telah ditangkap oleh PKK.

Sejak 1984, dianggarkan 40,000 kematian dicatatkan akibat kegiatan keganasan oleh PKK dan operasi tentera Turki.

– DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...