Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Friget China “Sambut” USS Nimitz Di Laut China Selatan

0 489

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak lama selepas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Nimitz memasuki Laut China Selatan, Beijing dipercayai telah mengerahkan sebuah kapal perangnya ke perairan itu untuk “menyambut” kehadiran kapal berkuasa nuklear milik Uncle Sam itu.

Sebagaimana dilaporkan oleh akaun Twitter pemerhati pertahanan Indonesia @Jatosint hari ini, kapal bekalan (oiler replenishment) tentera laut negara itu, KRI Bontang telah mengesan kapal friget China Type 054A kelas Jiangkai II “Xuchang” (536) di perairan utara Natuna.

Jiangkai
Kapal friget tentera laut China kelas Jiangkai II “Xuchang” ketika dikesan oleh kapal oiler Tentera Laut Indonesia diperairan utara Pulau Natuna. (gambar kredit @Jatosint)

Kapal perang China itu dikesan berada di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia.

Pencerobohan kapal-kapal milik China di perairan Laut China Selatan di utara Pulau Natuna milik Indonesia itu kerapkali berlaku, tetapi ianya hanya melibatkan kapal-kapal pengawal pantai dan bukan kapal perang tentera laut China. Kehadiran kapal Friget PLAN daripada kelas Jiangkai II di utara Pulau Natuna itu menunjukkan sesuatu yang serius.

Jiangkai
Kedudukan dimana kapal friget China itu ditemui oleh KRI Bontang. (gambar kredit @Jatosint)

Kapal friget Jiangkai II seberat 4,000 tan ini adalah daripada jenis kapal friget pelbagai guna yang mula ditauliahkan ke dalam perkhidmatan PLAN. Ia membawa pelbagai jenis senjata termasuk peluru berpandu dengan sensor moden.

Kapal friget PLAN daripada kelas Jiangkai II itu pernah dikesan berada di Laut China Selatan tahun lepas berhampiran kawasan dimana kapal ultra deepwater drillship West Capella yang dioperasi oleh Petronas sedang menjalankan kerja-kerja mereka.

Kapal perang China berhampiran di kawasan perairan EEZ Malaysia itu untuk “shadow” kapal LCS USS Gabrielle Giffords yang sedang melakukan kerja-kerja rondaan berhampiran rigship West Capella itu.

Hari ini kapal friget China itu sekali lagi dikesan berada di Laut China Selatan,  pada ketika yang sama USS Nimitz dan kapal-kapal pengiringnya, cruiser kelas Ticonderoga USS Princeton dan kapal pemusnah kelas Arleigh Burke USS Sterett berada di perairan itu.

Admin pasti jika USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan, sebagaimana dijangkakan oleh pemerhati, maka lebih banyaklah kapal-kapal PLAN yang akan “shadow” kapal-kapal perang Amerika itu.

Menarik, untuk kita sama-sama tengok je la…

KRI Bontang
KRI Bontang

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...