Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Enam Anggota Tentera Pengaman Malaysia Cedera Akibat Serangan Dron Israel di Selatan Lubnan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan yang anggota Batalion Malaysia 850-12 (Malbatt 850-12) di Lubnan terkena serpihan bahan letupan dan beberapa anggota dipercayai cedera.

0 90
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Serangan dron tentera Israel terhadap bandar Sidon di selatan Lubnan telah mengorbankan tiga penduduk tempatan dan juga mencederakan tiga anggota tentera Lubnan serta enam anggota tentera Malaysia yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan daripada agensi berita nasional Bernama melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan yang anggota Batalion Malaysia 850-12 (Malbatt 850-12) di Lubnan terkena serpihan bahan letupan dan beberapa anggota dipercayai cedera.
Beliau juga berkata satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
ATM dalam satu kenyataan tengah malam tadi mengesahkan bahawa satu insiden letupan telah berlaku pada 7 Nov 24 (Khamis) jam 1.54 tengahari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia, berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.
“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

Malaysia

“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.”
Menurut Markas ATM, anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11.
“ATM akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang kemas kini berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.”
ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dalam hantaran di platform X (dahulu Twitter) mengesahkan beberapa  anggota pengaman dan tiga askar Lubnan cedera apabila konvoi pengaman PBB yang membawa anggota baru terkena serangan dron ketika melalui bandar Sidon di selatan Lubnan.
UNIFIL mengesahkan lima anggota pengaman yang cedera, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan daripada Palang Merah Lubnan di lokasi kejadian.
Malaysia
“Mereka akan meneruskan perjalanan ke pos masing-masing,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan yang sama menyebut bahawa Tentera Lubnan mengesahkan tiga askarnya yang ditempatkan di pos kawalan berdekatan turut cedera dalam insiden itu.
“Kami mengingatkan semua pihak tentang kewajipan mereka untuk mengelakkan tindakan yang meletakkan pengaman atau orang awam dalam bahaya. Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan,” kata UNIFIL.
Sementara itu kenyataan daripada tentera Lubnan menyatakan bahawa serangan tentera Israel itu mensasarkan kereta sedang melalui pos kawalan keselamatan yang membunuh tiga penduduk tempatan yang berada dalam kereta itu.
Ia berkata anggota tentera Lubnan yang cedera itu sedang bertugas di pos kawalan keselamatan itu manakala anggota pengaman Malaysia sedang melalu pos kawalan itu ketika serangan tentera Israel berlaku.

MalaysiaMalaysia

MalaysiaAgensi berita kebangsaan Lubnan menyatakan bahawa kenderana UNIFIL berada di “laluan yang sama” semasa serangan dron Israel itu, yang menyebabkan beberapa anggota UNIFIL daripada Malaysia mengalami “kecederaan ringan.”
MALBATT 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.
Komander MALBATT 850-12 adalah Kolonel Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh. — DSA

Comments
Loading...